
Azhar Idrus yang mempunyai ratusan ribu peminat, menafikan yang dia akan bertanding sebagai calon PAS di DUN Ladang pada PRU akan datang sambil menegaskan dia bukanlah ahli mana-mana parti politik termasuklah PAS. Biarpun dia dilihat senada dengan PAS dalam banyak isu, namun bekas penghibur yang bertukar menjadi pendakwah itu berkata, dia lebih selesa dengan statusnya sekarang iaitu berdakwah.
PAS Terengganu, malahan PAS di seluruh Malaysia sudah lama melihat Azhar Idrus sebagai salah satu ikon terbaru mereka. Setidak-tidaknya, disamakan dengan Nik Aziz. Ini kerana Azhar Idrus telah berjaya menarik perhatian anak-anak muda dan menjadi sumber hiburan dalam berdakwah kepada mereka.
Penjelasan yang diberikan oleh Azhar Idrus menerangkan bagaimana PAS begitu cekap mengambil kesempatan untuk mengecop mana-mana tokoh popular untuk kelihatan sebagai salah seorang daripada organisasi mereka.
Dalam hal ini, Azhar Idrus juga tidak berkecuali.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus masih belum muktamad sekalipun penafian itu keluar dari mulutnya sendiri. Kalau Zaid Ibrahim yang TERLEBIH KATAK MABUK berbanding katak sebenar, boleh ditawar untuk dijual beli oleh Mat Sabu, tidak menghairankan kalau tiba-tiba sahaja Azhar Idrus bertukar kenyataan menjelang saat-saat akhir PRU13.
Tidak percaya? Jangan tak percaya kerana dalam politik, segalanya serba berkemungkinan!!!


0 comments:
Post a Comment