Friday, February 24, 2012

PAS SENDIRI BENGONG NAK BAIAH APA!!!


Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

________________________________________________

Wow ...serius bebenor ni yeob!!

Kalau langgar dasar Islam parti, cara dan matlamat Islam parti, bagaimana kalau kalau dasar Islam, cara Islam dan matlamat Islam parti menyeleweng dari Islam yg dibawa oleh Nabi saw..apakah masih kena taat? Dan kenapa hanya pada yg jadi calon..jika ianya satu yg penting pada Islam, tidakkah perlu pada semua ahli parti?

Bukankah PAS adalah parti politik yg kononnya satu parti utk daulatkan Islam? Mana yg lebih penting nak lindungi Islam atau parti?

Hasan Ali nak pertahankan Islam ..kenapa dipecat? apakah pertahankan Islam bukan matlamat dan cara Islam PAS?

Sebenarnya mana2 manusia ucap syahadah saja adalah merupakan ikrar dan sumpah taat setia!! tak kira apa partinya, atau persatuannya!! sebab tu mana2 orang Islam yg langgar perintah2 Allah swt ngan sewenang2nya lebih cepat kena hukum dari orang kapir..

Ni dah macam sumpah setia belajor silat pulak dah..ada pantang larang, langgar pantang silap hari bulan leh sewel..

udah2 ler tu..

Jika PAS benar2 amalkan Islam yg dibawa oleh Nabi saw..pasti calon2nya, ahli2nya dan penyokong2nya dan partinya diberkati dan dilindungi oleh Allah swt.. tak der apa nak dirisaukan. Malah akan disegani dan dimuliakan..dan tak de sapa berani dan sanggup cerca dan hina.

Sebelum PAS brjinak2 dan bersekongkol ngan DAP dan PKR..jarang2 sekali pempin2 UMNO, ahli2 UMNO atau orang kebanyakan ngutuk atau menghina pempin2 PAS..suka tak suka, pempin2 PAS dihormati..Tuan Guru, Ustaz dsb.

walaupun dizaman Mader, walaupun Mader digelar bermacam2..hanya satu dua suara je yg ngutuk kembali pempin2 PAS. ( mungkin masa tu ramai pempin2 UMNO berharap Mader letak jawatan he he)..tapi walaupun gitu, rasa hormat dan segan masih bertapak dihati orang2 Melayu walaupun dikalangan pempin2 UMNO, ahli2 UMNO dan penyokong2nya.

Tapi kini..anggaplah ianya dari Allah swt jua berpunca dari tangan2 sendiri jua. Tak payah ler sedih sangat..Allah swt je yg hina, bukannya LGE dan bukannya Datuk Ambiga...sabor ler ngan penghinaan demi penghinaan, mudah2an dapat ler PUTRAJAYA ..baiah je ler!! telan je ler!! silap hari bulan kena pecat cam hasan ali..ishh mana ler tahu menang pulak PUTRAJAYA, ishh tak dapat nak merasa jadi Menteri Pusat!!

Mudah je..tukor matlamat parti dari mewujudkan negara Islam kepada negara berkebajikan ngan alasan ianya (Negara Islam) tiada disebut dalam AQ..( walaupun brpuluh2 tahun perjuangkan Negara Islam, tapi kini setelah mendapat petunjuk dan nasihat dari Anugerah Tuhan dan Khalifah LGE, baru ler PAS dan pempin2 PAS sedar dan insaf!!!)

Kalau gini ler caranya..leh tukor2 lagi ler dasar, cara dan matlamat Islam parti lebih2 lagi bila lagi lama mendapat berkat nasihat dari Penasihat PKR dan Penasihat Ekonomi Selangor merangkap Anugerah Tuhan yakni Tuan Haji Anwar..

oooppss ayah chik ..kami kena berbaiah ngan dasar, cara dan matlamat yg mana satu? yg tegakkan negara Islam ke atau yg nak tegakkan negara berkebajikan!!! nak daulatkan undang2 hudud atau civil law yakni undang2 British..nak daulatkan AQ sebagai Perlembagaan atau Perlembagaan Lord Reid? (dulu riuh bebenor perlembagaan AQ vs Perlembagaan Lord Reid) ..dah tak jadi kapior ke kita ni kalau pertahankan Perlembagaan Lord Reid? (Bangang!! ada ke AQ dibandingkan ngan Perlembagaan Lord Reid!!)

pada aku jelas je...berbaiah je ler atas dasar, cara dan matlamat yg sebenor2nya yakni KALAHKAN UMNO!! dulu, kini dan selama2nya...memang takkan celaka pun dunia dan akhirat!! pasal insyallah, mereka akan istiqamah ngan baiah yg dah memang jadi darah daging.

AQ dan sunnah tu cuma dasar, cara dan matlamat utk ada undang2 tubuh parti je, omputih kata.."on paper" je ma. Nanti undang2 tubuh tu buat ler khat lawa2, frame kan...dan gantung je kat dinding, bersama2 poster Tuan Guru!! kemudian letak je colok dan limau manis..dan karipap!! atau pun balut baik2 ngan kain hitam atau kuning, buat tangkal azimat..

lepas tu berarak demo sokong Datuk Ambiga ngan Datuk Seri Tuan Hj Anwar...

(ishhh nampaknya UMNO, BN, raja2 Melayu sokong Tuan Hj Anwar kerana masih lagi bergelar Datuk Seri..ishhh tak yah malu2 ler kalau bebenor setuju ngan Tuan Hj Anwar..sokong je ler Israel, cakap je ler terang2..tak usah berlakon pasal kononnya simpati ngan Palestine dan rakyat Palestine, buat je macam Tuan Hj Anwar..terang2 dan tak hipokrit...negara masih mertabatkan Tuan Hj Anwar sebagai Datuk Seri tu )..jgn malu2 ma, sokong kata sokong!!

I don't mind... I understand.

-aa



0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template