Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI15/02/2012 6:49pm
PETALING JAYA 15 Feb. - Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu.
Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS), Shamsudin Hamid berkata, antara 5,000 dan 10,000 ibu bapa akan menghadiri perhimpunan “Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah.
"Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan mengembalikan dasar itu.
"Ini tidak bermaksud kita tidak hormat pada bahasa kebangsaan. Tapi, sila lihat dalam gambaran yang lebih luas, iaitu masa depan anak-anak kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
PPSMI dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). — BERNAMA
Elok Samad Said and the gang, dipanggil dan menjawab dan memberi ceramahnya pada perhimpunan ini..
Puak2 ni satu hal..masa riuh menentang sistem ni, senyap sepi!! Mana pi semua, awat tak buat perhimpunan gak..awat tak buat apa2!! saja nak tengok camner UMNO kena titik ka, saja nak peleceh UMNO ka, saja nak gelak ka????
Bila Kerajaan tunduk pada tuntutan ketika itu..dah nak buat perhimpunan pulak!!
Pehhh..................Piiiraaaahhhh, baik buat tuntutan minta semua dibuat dalam bahasa Mandarin!! tentu perhimpunan akan jadi lebih besar!!!! kalau boleh suruh simpan je BAHSA MELAYU dalam muzium je!!
UMNO, ok je ler...maklum ler kehendak rakyat!!!
Inilah akibatnya..polisi2 dan dasar dibuat dijalanan..bila wakil2 di Parlimen sibuk terjerit2 dan tak mahu berbahas!! Abih2 jalan keluar dari parlimen, protes konon...
Udah tu beritahu rakyat bahawa mereka tak dapat kebebasan utk brsuara..dijalanan bukan main kuat brceramah dan ajak berdebat..dalam parlimen tak nak berdebat!!!
Mangsanya..ialah bebudak!! Kanak2..anak2...
_____________________________________________________________
Puak2 yg riuh mertabatkan bahasa Melayu, leh sokong pempin yg tak reti cakap Melayu..piiiraaahhh!
Puak2 yg riuh nak mertabatkan bahasa Melayu, kemudian leh kata apa ada pada melayu..assobiyah tu!!!
Tiada langsung keikhlasan...bukan pasal Melayu, bukan pasal bangsa Melayu, bukan pasal bahasa Melayu, bukan pasal bahasa Inggeris..tapi saja nak mencari political mileage, lebih2 lagi jika ianya berpeluang nak menitik UMNO!!!
Begitu juga pasal agama, murtad, maksiat dsb..riuh jika ianya leh tingkatkan political mileage dan dapat menitik UMNO!!!
tidak ada kerana Allah swt dan RasulNya..tapi hanya kerana dendam kesumat dan hasad dengki ngan UMNO!!
Dulu PUTRAJAYA semasa pembinaannya, dikatakan projek membazir, projek air mata rakyat..kini jadi pojaan dan rebutan dan termimpi2 setiap hari..agama digadai, maruah digadai, bangsa digadai, negara digadai..
Benar kata Arwah Fadhil Noor..jika BA (BARISAN ALTERNATIF-PKR, DAP, PAS) menang, kita akan lelong PUTRAJAYA.
Rupa2nya...bukan lelong PUTRAJAYA, tapi lelong maruah bangsa dan agama!! diatas pempinan ulamak pulak tu!!!
La ni dah jadi PAKATAN..PAKAT2 bungkus Melayu, PAKAT2 bungkus Islam..jgn risau ianya dibawah petunjuk Mursyidul Am, dan naungan Anugerah Tuhan
-aa


0 comments:
Post a Comment