Wednesday, February 29, 2012

PKR TERKANTOI LAGI!!! SETIAUSAHA PENGELOLA PKR CUBA RASUAH UNTUK SELAMATKAN BADROL AMIN!!!

SEL13.COM melaporkan tentang cubaan Setiausaha Pengelola PKR, Raden Shamsul Kamar yang cuba menyogok RM3000 kepada pengurusan hotel untuk menutup cerita Badrol Amin, Ketua Penerangan Pakatan Rakyat Selangor itu ditangkap kerana khalwat di bilik hotel berkenaan.

Menurut portal berkenaan, Raden Shamsul Kamar merupakan orang pertama yang dihubungi oleh pihak hotel apabila Badrol Amin ditahan oleh anggota penguatkuasa JAIP kerana berkhalwat dengan isteri orang.

Untuk menutup cerita, Raden Shamsul Kamar telah cuba merasuah pihak pengurusan hotel dan anggota penguatkuasa JAIP. Bagaimanapun, cubaan rasuahnya tidak berjaya memandangkan pihak yang disangkanya mudah kelabu mata dengan RM3000, menolak sogokan tersebut.

Raden Shamsul Kamar merupakan orang yang disiasat oleh SPRM kerana menggelapkan dana Menteri Besar Incorporated Selangor bagi membiayai penginapan peserta-peserta PKR dalam konvensyen yang diadakan di Shah Alam pada November tahun lepas. (BACA DI SINI)

Seharusnya Raden Shamsul Kamar mendedahkan apa yang berlaku pada pagi Badrol Amin ditangkap memandangkan dia adalah orang pertama yang mengetahui perkara tersebut. Tambahan pula, Badrol Amin sekarang ini dilihat cuba memutarbelitkan pelbagai perkara, termasuklah kononnya, dia telah diperangkap oleh pemandu peribadinya yang telah dibayar oleh enam orang lelaki yang tidak dikenali. (BACA DI SINI)

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template