Kalau ditengok pada Youtube, anak-anak muda Kedah merupakan golongan yang paling hebat memperagakan aksi seks bebas berlatar belakangkan alam sekitar. Cari sahaja di Youtube, kita akan menemuinya tanpa bersusah payah walaupun Youtube mengamalkan sekatan untuk adegan-adegan seks. Lubuk Tupah misalnya, sangat terkenal kerana video seks skodeng sehingga ke hari ini, berbanding keindahan Lubuk Tupah itu sendiri.
Salah satu daripada port berasmara yang sangat terkenal di Kedah adalah GUNUNG JERAI.
Antara tempat-tempat di Gunung Jerai yang kerap menjadi sasaran golongan muda melepaskan nafsu adalah di pondok-pondok rehat yang terletak di kawasan agak gelap. Malah semak belukar di sekitar jalan menuju ke puncak Jerai juga, kerap kali menjadi port yang amat menarik untuk golongan muda memadu asmara.
Menjelang 14 Februari, Gunung Jerai sekali lagi menjadi sasaran golongan yang tidak peduli dengan hukum-hakam ini. Bahkan di tempat-tempat lain di sekitar Kedah juga, selain pusat-pusat hiburan yang bercambah-cambah di Kedah, pastinya sambutan Hari Kekasih akan menjadi lebih meriah...


0 comments:
Post a Comment