
Seorang jurufoto Anwar Ibrahim telah ditmeui mati dalam apa yang dikatakan sebagai LANGGAR LARI. Mohamed Salman, 24, dikatakan telah dilanggar lari ketika sedang berjalan pulang ke rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya. Kematiannya menyusul selepas beberapa hari kematian bapanya, Nasaruddin Jalil, bekas setiausaha peribadi Anwar Ibrahim.
Nasrauddin merupakan salah seorang daripada penama RM10 juta, agihan daripada penyonglapan wang negara yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim seperti mana yang tedapat dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara.
Mohamed Salman DIBUNUH menjelang empat hari sebelum PRU 12.
Terlalu banyak kemungkinan yang wujud dalam kematian Mohamed Salman, sepertimana juga kematian Patrick Wong yang kini disahkan sebagai sebagai pembunuhan. Patrick Wong dibunuh pada ketika dia hampir mendedahkan penyelewengan dan skandal pasir Selangor.
Seorang lagi mangsa pembunuhan yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan serta salahguna kuasa adalah TEOH BENG HOCK. Teoh Beng Hock dikatakan telah membunuh diri kerana cuba menutup skandal penyelewengan yang dilakukan oleh puak-puak kroni DAP dan PKR Selangor.
Anehnya pihak polis sehingga kini gagal mengesan semua yang terlibat dalam pembunuhan-pembunuhan ini!
Satu perkara yang amat menarik untuk dilihat ialah, sesiapa sahaja yang cuba mendedahkan penyelewengan serta skandal Pakatan Rakyat pasti akan menemui maut. Anwar Ibrahim yang sering membayangkan dia akan dibunuh kerana mendedahkan pelbagai penyelewengan serta jenayah pemimpin kerajaan, sehingga kini bebas, hidup sejahtera dan keluar negara saban masa seolah-olah dia adalah pemimpin penting dunia.
Tidak pula terlihat sebarang tanda-tanda yang Anwar Ibrahim sedang diancam bunuh, sebaliknya sesiapa sahaja yang ingin mendedahkan penyelewengan Anwar dan kaum kerabatnya akan mati dalam keadaan yang sangat misteri!
Tentu anda ingin tahu bagaimana kereta yang dinaiki oleh isteri mangsa liwat Anwar Ibrahim yang sedang sarat mengandung dilanggar berkali-kali sehingga mangsa mati di tempat kejadian. Pembunuh sehingga ke hari ini bebas.
Dr. Qistina yang terlibat dalam usaha menyelamatkan Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar juga meninggal tidak lama selepas kedua-dua pendedah salah laku Anwar itu berada dalam tahanan polis.
Kereta pacuan empat roda bekas Setiausaha Sulit Tun Mahathir, Aziz Shamsudin yang juga musuh utama Anwar Ibrahim tiba-tiba sahaja pecah tayar mengakibatkan kereta itu terbalik dan membunuh isteri Aziz Shamsuddin.
Terlalu banyak kebetulan yang sebenarnya tidaklah kebetulan pun!!!
Justeru kematian jurugambar peribadi Anwar Ibrahim itu juga kelihatan amat mencurigakan sepertimana yang dikatakan oleh SAHABAT BLOGGER AKARUMBI.


0 comments:
Post a Comment