
Pendedahan demi pendedahan tentang Yayasan Selangor telah dibuat oleh pelbagai pihak. Namun sehingga setakat ini, kerajaan negeri Selangor berjaya melepaskan diri daripada bertanggungjawab memberikan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan dengan beralih kepada isu-isu lain.
Isu penjualan pelbagai aset Yayasan Selangor yang menimbulkan keraguan dalam usaha kerajaan negeri Selangor mengumpulkan wang untuk aktiviti PKR dan Anwar Ibrahim yang berselindung di sebalik gaji RM1.
Yang sohehnya, portal SEL13.COM sudah pun memberikan isyarat tentang pendedahan seterusnya yang sudah pasti akan memanaskan PKR dan Anwar Ibrahim.
Terdapat maklumat yang menyatakan Yayasan Selangor telah diarahkan untuk 'menyediakan' RM300 juta kepada Anwar Ibrahim dengan tujuan tertentu. Dan disebabkan itulah, beberapa aset penting Yayasan Selangor telah dijual dan sesetengahnya seperti asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan mempunyai terlalu banyak misteri terutama pembayaran yang terpaksa dibuat oleh Yayasan Selangor meskipun sebenarnya yang perlu mengeluarkan duit adalah pihak pemaju.
Sesuatu yang sangat menakutkan tentang gelagat pentadbiran negeri Selangor ialah tentang mudahnya mereka melupuskan aset-aset penting dengan cara yang amat meragukan. Selangor yang merupakan negeri terkaya di Malaysia, semenjak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sudah bertukar menjadi negeri padang jarak padang tekukur.
Anehnya, Pakatan Rakyat Selangor terlalu sukar untuk menerangkan tentang tindakan mereka sendiri tentang Yayasan Selangor, tetapi lebih gemar menyibukkan rakyat Selangor dengan beberapa isu lain yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pentadbiran dan pengurusan diri.
Perhatikan sahaja bagaimana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor lebih sibuk dengan isu-isu yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kawasan yang mereka wakili. Sebarang masalah di Selangor, semuanya disapu di bawah karpet. Semuanya kelihatan seperti cuba mengelak daripada bercakap atau mengulas tentang Yayasan Selangor.
Taktik menutup mulut dan mengalihkan isu terus dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. Bagi yang berkepala terbuka, pastinya akan dapat melihat sesuatu yang 'besar' sebenarnya sedang cuba disembunyikan oleh Pakatan Rakyat Selangor.


1 comments:
Bior je ler...polis, sprm dan rakyat Selangor pun tak kisah ma!
yg abis pun duit rakyat..bila abis minta je ngan pusat
Post a Comment