
Waaaahhhh...
Pendedahan terbaru ini, semakin merancakkan permasalahan skandal pasir Selangor yang kembali tercetus selepas didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin.

Nama WONG SWEE LEONG pula yang didedahkan dan Dato' Tan Chin Huat pula disebut dan dikaitkan dalam skandal pasir Selangor.
Nama WONG SWEE LEONG yang merupakan pegawai kanan Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) pernah disebut oleh Ahli Parlimen Kapar dari PKR, sebagai orang yang terlibat dengan skandal perlombongan pasir haram di Selangor.
Ronnie Liu merupakan perekat terkuat kepada WONG SWEE LEONG. Dan Ronnie Liu merupakan orang yang paling berkuasa di Selangor memandangkan kehebatannya menguasai dunia bawah tanah sehinggalah Kit Siang terpaksa memalapkan kehadirannya dalam dunia politik sebentar bagi mengurangkan perhatian berterusan kepada Ronnie Liu dan kaitan kumpulan jenayah dengan DAP.
Permainan senyap dan tutup mulut seperti yang diamalkan oleh PKR serta Pakatan Rakyat di Selangor sekarang, nampaknya tidak lagi berkesan. Sebaliknya lebih banyak pendedahan dibuat sekaligus menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya adalah KERAJAAN PENJENAYAH yang sedang berlakon baik.
Nampaknya harapan UMNO-BN untuk menang dua pertiga majoriti semakin kukuh dan terang tak perlu bersuluh!!!




0 comments:
Post a Comment