Sunday, February 12, 2012

SAIFUDDIN ABDULLAH TERNAK MAHASISWA TERBAHLOL!!!


Seorang mentor begitu marah dengan apa yang ditontonnya semalam. Rancangan realiti di saluran televisyen berbayar yang menggunakan pengetahuan am malam tadi, pesertanya adalah dua orang pelajar universiti atau lebih tepat lagi UIA.

Soalan-soalan yang ditanya pula hanyalah soalan-soalan pengetahuan am yang tidaklah sesusah mana kalau mereka benar-benar pelajar universiti yang menuntut ilmu bukan penghafal peperiksaan!

Kalau dah ditanya penduduk negara mana yang lebih ramai penduduk dengan empat pilihan dan kedua-dua pelajar itu memilih keempat-empat pilihan itu sedangkan jawapannya memang sudah pasti, maka perhatikanlah tahap sebenar kumpulan pelajar universiti yang diharapkan akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Otak kosong dan pengetahuan yang sangat terbatas kerana terlalu jumud, menjadikan mutu pelajar yang terhasil dari universiti tempatan sangat menyedihkan. Bayangkanlah kalau kedua-dua pelajar tesebut tidak dapat memberikan jawapan pasti kepada soalan negara mana yang mempunyai penduduk paling ramai dari empat pilihan dengan India sebagai salah satu jawapannya.

Apa ke bengap sampaikan geografi darjah empat pun tak boleh dijawab oleh pelajar universiti yang hebat seperti UIA?

Dan bayangkanlah Saifuddin Abdullah berbangga sangat dengan New Politic dan kumpulan mahasiswa seperti yang dianggotai oleh Adam Adly perjuangkan kalau pengetahuan am pun tesangatlah daifnya.

Malanglah Malaysia pada masa hadapan!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template