
Cabaran yang dilemparkan oleh Adam Adly agar ada mana-mana orang UMNO naik ke pentas ceramahnya dan menghalangnya, berakhir dengan PENAMPAR NAIK MUKA. Dan seperti budak kecil lapar puting, tamparan tesebut membuatkan Adam Adly terpaksa meminta bantuan daripada PKR dan PAS.
Adam Adly, pelajar unversiti yang tidak ada masa depan kerana terpengaruh dengan budaya demontrasi dan perasan dia lebih pandai berbanding orang lain, sebenarnya hanyalah alat DAP untuk mendapatkan sokongan daripada golongan muda Melayu tongong. Apabila provokasinya berjaya dilakukan di Kampung Idaman yang juga merupakan kubu kuat Ketua Pemuda Klang yang dituduh menyerangnya, pihak yang kuat bertepuk tangan adalah DAP.
Perhatikan bagaimana DAP kelihatan tidak terlibat dalam hal ini. Namun perhatikan juga, siapa sebenarnya yang bergasak di Kampung Idaman dan berita itu untuk seketika berjaya menghilangkan beirta tentang WARGA HARAM bernama DANNY NG yang tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris kecuali Mandarin.
DAP memang tidak mahu isu Danny Ng dan kekurangajarannya menjadi pembunuh cita-cita DAP untuk menguasai politik Selangor dan Malaysia. Melaga-lagakan Melayu adalah kaedah terbaik untuk DAP melarikan topik Danny Ng dan perkauman yang mereka sendiri cetuskan.
Justeru Adam Adly merupakan instrumen yang terbaik untuk DAP dan Pakatan membuat provokasi sekaligus mengalihkan perhatian UMNO daripada isu yang boleh memusnahkan DAP dan Pakatan. Dan kerana itulah Kampung Idaman menjadi pilihan selepas PKR gagal menggunakan Kampung Jalan Kebun yang suatu ketika dahulu terkenal kerana geakan reformasi atau lebih tepat lagi demonstrasi haram.
Bahaya permainan kaum yang dimainkan Pakatan Rakyat untuk mencapai cita-cita mereka menguasai Putrajaya!
Tengok bagaimana instrumen DAP dalam bentuk PAS cuba menghilangkan isu DANNY NG dan pekerja KFC I-CITY DI SINI. Laporan yang sebegini tidak pula diberikan dalam kes Danny Ng!!!


0 comments:
Post a Comment