PKR Selangor sememangnya sedang ketakutan. Belang mereka telah terbelah. Temberang mereka sudah pecah. Skandal pasir yang membawa kepada pembunuhan Patrick Wong, menyebabkan mereka mengambil tindakan paling bodoh iaitu membuang nama Syarikat Double Dignity dari senarai kontraktor yang berdaftar dengan KKSB sebelum membuat pengumuman syarikat itu tidak berdaftar dengan KKSB.
Dan orang yang paling takut dengan pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin adalah Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shaari, ADUN Batu Muda dan ADUN Batu Caves yang mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan.
Dalam kenyataan terbaru Amiruddin Shaari, katanya SPRM telah selesai melakukan siasatan berhubung penyelewengan dan skandal pasir di Selangor. Dan bangga kerana tiada tindakan yang diambil oleh SPRM terhadap penyelewengan berkenaan, Amiruddin seboleh-boleh ingin menampilkan imej bersih tentang penyelewengan serta perompakan pasir di Selangor di mana dia sendiri terlibat.
Shuhaimi Shafie pula menyatakan, isu pasir adalah isu lama. Isu pasir bagi Shuhaimi Shafie bukan lagi isu yang wajar diperkatakan atau didedahkan lagi. Bijak sungguh Shuhaimi Shafie membuat tafsiran.
Tiada istilah lama dan baru dalam setiap isu. Sebarang isu yang berkait rapat dengan pemimpin, adalah isu baru!
Shuhaimi Shafie merupakan pemimpin PKR. Dan sebagai pemimpin PKR, terlalu banyak isu yang dibangkitkan. Contoh paling ketara ialah isu Altantuya Shiiribu. Mengapa setiap kali para pemimpin PKR membangkitkan sesuatu isu, tidak pula dianggap sebagai isu lama, padahal isu seperti pembunuhan Altantuya Shiiribu, telah pun diselesaikan mengikut proses perundangan. Malah isu tersebut sebenarnya bukanlah satu isu pun kepada pemimpin negara khususnya Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Tetapi mengapa PKR terus memainkan isu tersebut untuk menunjukkan betapa jahatnya Rosmah dan Najib, padahal bukti yang dipamerkan oleh PKR hanyalah bukti yang sengaja diada-adakan serta palsu...
SAMBUNG BACAAN DI SELANGORDAILY.COM
Terbaru, laporan daripada KLPOS, Shuhaimi Shafie mengesahkan dia adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah Double Dignity Sdn Bhd yang semalam dinafikan kewujudannya oleh PKR.
Apa cerita ni... sekejap ada, sekejap tak ada... dah macam cerita KOTE BENGKOK Anwar pulak dah!!!


0 comments:
Post a Comment