
Seperti yang dinyatakan oleh sahabat blogger UNSPINNERS, permainan kaum Pakatan dalam beberapa isu kebelakangan ini jelas menunjukkan betapa bercabangnya lidah mereka dan tidak konsistennya mereka dengan pendirian dan prinsip yang mereka sendiri laung-laungkan dan agung-agungkan.
Kebebasan bersuara yang menjadi serapah keramat kaum Pakatan, kini tidak lagi dipraktikkan. Kalau dipraktikkan pun, hanyalah bertujuan untuk memanjangkan kempen seperti LIWAT SUKA SAMA SUKA. Hakikatnya kaum Pakatan terutama sekali pemimpin mereka tidak akan sama sekali bersetuju dengan kebebasan bersuara yang mereka agung-agungkan sebelum ini.
Kebelakangan ini blogger pro-UMNO menjadi sasaran setelah sekian lama para pemimpin Pakatan bermukah sakan dengan blogger-blogger belaan mereka.
Bermula dengan menimbulkan cerita blogger pro UMNO menghabiskan jutaan ringgit duit rakyat, kemudian melabelkan blogger pro-UMNO dan BN sebagai lidah penyebar fitnah, akhirnya para pemimpin Pakatan kepanasan dengan pendedahan demi pendedahan dan sela-sela undang-undang yang boleh mereka manipulasikan digunakan untuk mengurangkan tekanan.
Menariknya blogger pro UMNO tidak pula meminta bukti yang mereka telah dibayar sebagaimana yang dituduh oleh puak Pakatan sebaliknya menelan dan adakalanya termakan dengan tohmahan berkenaan. Sedangkan pada masa yang sama, hampir semua komuniti siber terutama sekali blogger, menarik nafas mendengar peruntukan lebih RM5 juta yang disediakan oleh Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat Perak kepada para blogger dan cybertrooper mereka. Di Selangor pula, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM25 juta untuk program cyberwar seperti yang diuar-uarkan sendiri oleh Menteri Besarnya. Di Kelantan, selepas Kickdefella yang menerima peruntukan RM4 juta untuk menentang dan menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, blogger Topeng Perak yang merupakan salah seorang tenaga penting Jingga 13, khabarnya menerima peruntukan RM2 juta untuk kerja yang sama.
Hanya di Pulau Pinang, jumlah yang digunakan tidak diketahui. Namun berdasarkan kepada keaktifan forumers daripada beberapa buah forum seperti Low Yat dan sebagainya, yang sangat kritikal terhadap nama Melayu dan IP address yang sama, jumlahnya tentu jauh lebih besar memandangkan pembayaran dibuat berdasarkan satu demi satu posting.
Dan kebelakangan ini, permainan baru dimainkan lagi. Mungkin si pemainnya beranggapan itu adalah perang saraf yang sangat hebat. Menyebut nama orang yang dikatakan blogger itu ini secara terang-terangan di dalam blognya, diharap dapat dilihat, ditakuti dan mengancam blogger-blogger yang lain. Secara tidak langsung, menutup mulut para pendedah.
Paling menarik apabila tentera-tentera yang kurang faham dan arif dengan apa yang berlaku, turut masuk campur kerana berpendapat itu adalah tugas mereka mempertahankan institusi. Padahal apa yang mereka lakukan ialah meruntuhkan institusi itu sendiri.
Tanpa menggunakan otak dan sentiasa bebal dengan omongan pemimpin yang menyuap mereka, masing-masing mula mencari ruang untuk menyerang sepertimana para pemimpin Pakatan menggunakan sela undang-undang untuk menutup sebarang kritikan atau pendedahan yang menjejaskan masa hadapan politik mereka.
Seperti yang disebutkan oleh sahabat blogger UNSPINNERS yang serba misteri itu, puak-puak ini hanya menunggu butiran terperinci untuk melakukan pembunuhan. Kalau mereka di kalangan Pakatan, mereka akan menyaman. Kalau mereka di kalangan UMNO-BN atau menyamar sebagai UMNO, mereka akan mendedahkan nama sebenar dan kalau tidak ada halangan,mungkin nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon, dan segala perincian lain bertujuan untuk mengugut lawan mereka.
Taktik seterusnya adalah berdebat. Sama seperti kaedah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim, cabaran untuk berdebat sentiasa dikumandangkan untuk membuktikan mereka lebih benar. Perhatikan betul-betul kaedah dan taktik yang digunakan... Semuanya serba ANWAR IBRAHIM!!!
Menjadi musang berbulu ayam adalah perkara biasa dalam cyber warfare. Mengesan puak-puak ini juga tidak sukar dilakukan, terutama menerusi Internet apatah lagi bagi mereka yang memblog. Perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang dibina dalam blog mereka, sudah cukup untuk menerangkan siapakah mereka sebenarnya.
Contoh terbaik, seorang jurublog menyatakan dia adalah blogger UMNO tetapi dalam blognya, tidak ada satu pun serangan terhadap pihak lawan atau pendedahan tentang kebaikan UMNO, sebaliknya yang disibukkan adalah keburukan dan reformasi dalam UMNO. Pada masa yang sama,bukti-bukti yang ada pula menunjukkan hubungan baiknya dengan kaum lawan.
Permainan ini sebenarnya tidaklah terlalu berseni. Bukan sedikit di kalangan jurublog yang merupakan mereka yang memilih untuk menyokong sesuatu yang tidak mereka yakini sebelumnya. Dan bukan sedikit juga yang mempertahankan apa yang mereka percaya walaupun bukti-bukti semakin jelas membuktikan kepercayaan mereka itu adalah salah sama sekali.
Dan kebelakangan ini, dengan dorongan kewangan serta keuntungan yang sebelum ini hanyalah angan-angan, sudah mula menampakkan riak-riak, mereka lebih baik dari kumpulan saingan dan sebagainya.
Itu yang berlaku dalam group Pakatan dari dulu sampai sekarang. Persoalan, mengapa mereka tidak dapat apa yang kumpulan satu lagi dapat, terpaksa dipaksikan kepada suara, KAMI YANG LEBIH BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA.. Akhirnya berlakulah perpecahan walaupun cuba diselindungkan dengan cara yang menyejukkan hati iaitu, KAMI BEKERJA DENGAN IKHLAS dan KAMI BERADA DALAM ENTITI PARTI DAN KAMI LEBIH BERHAK!!!
Musang berbulu ayam tidak akan berusaha menerangkan apa yang telah dilakukannya selama ini, sebaliknya akan membantu TUAN-TUAN BESARNYA di pihak lawan untuk menangkap, membunuh dan seterusnya memastikan hanya dia sahaja yang hidup bebas.
Anda faham?
Tak faham atau pura-pura tak faham? Atau masih cuba berselindung dengan menggunakan ahli-ahli yang kurang faham dan mudah cair hati dengan 'kebijaksanaan' perang saraf anda?


0 comments:
Post a Comment