
Media semalam melaporkan tanah dibawah anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) seluas 234 hektar dan bernilai RM250 juta akan ditarikbalik oleh kerajaan negeri Selangor.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebarang tanah yang tidak diguna mengikut status penggunaan yang ditetapkan akan ditarikbalik, tidak kira ianya kepunyaan syarikat kerajan negeri, swasta atau individu.
Tanah tersebut didaftarkan di bawah anak syarikat KHSB, Shah Alam Properties Berhad (SAP).KHSB merupakan syarikat hartanah yang ditubuhkan pada tahun 2001 dan disenaraikan di Bursa Malaysia. Ia merupakan syarikat pegangan pelaburan hartanah untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
KHSB dulu dipanggil sebagi Kumpulan Perangsang Berhad.
Sekali pandang, tindakan ini melihatkan Khalid seolah-olah pemimpinyang tegas dan ketat melaksanakan peraturan. Pilihanraya sudah dekatlah, maklum.
Namun begitu, tindakan yang dilakukan dengan menunjuk-nunjuk kepada media hanya menimbulkan kecurigaan saja. Mengapa setelah lebih tiga tahun mentadbir negeri baru sekarang tindakan diambil?
Penulis difahami di tanah tersebut ada kegiatan kuari haram tetapi tidak tahu berapa lama ianya sudah berleluasa.Sebagaimana yang diketahui pula SAP adalah pemaju perumahan di kawasan Selayang yang mana topo mukabumi agak berbukit. Tidak ketahui samada tanah yang belum dimajukan selama 20 tahun ini tidak lagi sesuai untuk dimajukan dengan peraturan pembangunan dibukit dan tanah curam agak ketat dan susah diperolehi.
Adakah ada permasaalahan yang lain yang menyebabkan kekangan kepada pembangunan disitu? Jika ada masaalah, orang awam tidak lihat sebagai masaalah untuk kerajaan negeri menyelesaikan masaalah yang sering dihadapi oleh pihak swasta dan selalunya kerajaan negeri sedia bertolak ansur demi pembangunan. Inikan pula untuk anak syarikat sendiri..... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM


0 comments:
Post a Comment