Thursday, February 2, 2012

SIBUK ANGPAU PUTIH PERKASA, ANGPAU KOSONG DAP APA CERITA?


Semenjak beberapa hari kebelakangan ini, cerita tentang angpau bersampul putih yang diberikan oleh PERKASA dalam satu majlis meraikan sambutan TAHUN BARU CINA. Kecoh warna putih bagi masyarakat Cina adalah simbol kepada kesedihan walaupun yang memberikan angpau tersebut adalah orang Melayu dan bagi orang Melayu, putih melambangkan kebersihan, ketulusan dan keikhlasan.

Disebabkan yang memberi itu adalah Melayu dan PERKASA pulak tu, maka dikatakan Melayu dan PERKASA tidak peka dengan sensiviti kaum serta tidak cuba memahami budaya kaum Cina. Walaupun pada masa yang sama, terlalu banyak kejadian di mana orang Cina sendiri tidak pernah cuba memahami budaya kaum Melayu terutama yang membabitkan arak, judi dan BABI. Namun atas dasar toleransi, Melayu biasanya menelan sahaja kemusykilan dan sensitiviti tersebut kerana MELAYU MEMANG TELAH DIASUH untuk memahami masalah orang lain semenjak awal kewujudan MELAYU lagi.

Anehnya, menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan, apa yang berlaku di Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng dan DAP jauh lebih memalukan berbanding ANGPAU BERSAMPUL PUTIH PERKASA.

Ini SMS yang diterima dari VP PCM:

Lim Guan Eng kutuk PM pasal PERKASA beri angpau bersampul putih. Walaupun ia tiada kena-mengena dengan PM tapi dalam persepsi masyarakat Cina, PERKASA adalah disokong oleh BN. Saya amat sedih bila nampak tiada pemimpin Cina dari BN yang mengambil kesempatan ini untuk mengutuk kepimpinan DAP. Padahal DAP di Pulau Pinang telah memberi ANGPAU KOSONG kepada rakyat jelata.

DAP cuma sampaikan ANGPAU KOSONG (not a single cent inside the angpau packet) kepada orang ramai!

Perbuatan demikian amatlah biadap dan kurang ajar. Ramai yang telah mengadu kepada saya berhubung perbuatan ini.

Adakah pemimpin-pemimpin Cina BN di Pulau Pinang tidur atau pun masih bermimpi? Sepatutnya perkara demikian harus dihebohkan untuk pengetahuan orang ramai.

What a waste, a good opportunuity to expose them but BN rather pick to remain quite.

TQ

From Huan, VP PCM

1 comments:

Anonymous said...

Bukan tu je malah banyak isu2 PAKATAN tak digembar gemburkan dan disebarkan..
Pempin2 BN cuba lihatkan diri mereka cool dan tak mahu kecoh2..
Kebanyakannya NGO yg riuh rendah tapi tiada sambutan dari pempin2 BN.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template