Friday, February 24, 2012

SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA TAK MERIAH!!!


Adakah sistem 2 parti relevan pada Malaysia??

Dari perdebatan LGE vs SCL..LGE semacam promosikan sistem 2 parti, yg mana sistem 2 parti ni leh membantu Malaysia kearah yg lebih baik.
Katanya jika parti A gagal, maka parti B ambik alih..gitu juga sebaliknya.. lebih kurang citernya.

Dia juga jadikan Korea selatan sebagai contoh..kabornya Korea dulu ni pendapatan perkapita lebih rendah dari Malaysia..tapi kini jauh lebih baik dari Malaysia malah jauh ketinggalan Malaysia ni.
Hebat!!!
Ramai gak brsorak..setuju ler konon.

Omputih kata..kalau nak buat comparison kenalah "apple to apple" baru ler ngam..
Bukan cam orang kita..masa Rusa van produa dikeluarkan..kualiti dibandingkan ngan Estima. tapi nak harga macam Rusa produa..

Gitu ler kisahnya sistem 2 parti...

Malaysia..ada ke negara macam Malaysia? Korea seluruh penduduknya adalah orang Korea..Jepun seluruh penduduknya adalah orang2 Jepun..prebezaan adalah etniknya sahaja, tapi masih tetap 1 rumpun je.
Cam Melayu..dalam rumpun Melayu ada banjar, Jawa, boyan dll..berlainan keturunan tapi masih tetap ngaku Melayu..
Kalau Malaysia penduduknya hampir 90-95 % adalah Melayu-ok ler. Ni cuma hampir 60% je Melayu dan bakinya langsung tak de mengena ngan Melayu malah hanya bermula ramainya mereka yg bukan rumpun Melayu sejak pemerintahan British.

Secara umumnya negara2 tersebut adalah satu bangsa, satu budaya, satu agama, dan satu bahasa.. kalau kuasa pemerintahan berpindah dari parti A ke parti B atau sebaliknya tetap lagi yg memiliki kuasa adalah bangsa majoriti negara tersebut ..tidak ada kekhuatiran sangat sampai hilang tanah air sendiri. Tidak ada kekhuatiran hilang budaya, hilang bahasa, dan hilang agama..perbezaan hanya dari segi pentadbiran.

Bayangkan jika penduduk Korea cuma 50 -60 % saja, dan ada 30 % orang melayu di Korea, dan 15 % bangsa Cina dan bakinya ialah yg lain2. Jika 50 %-60 % penduduk Korea ni pulak berpecah kepada 2 kumpulan..jadi secara tidak langsung penduduk lain bukan bangsa Korea akan automatik jadi majoriti. Suka tidak suka, ianya adalah hakikat pasti 30 % Melayu di Korea akan bersatu kerana disebabkan minoriti..dan suka tak suka ianya adalah hakikat, parti dominan bukan bangsa Korea ni akan mendahulukan bangsanya terlebih dahulu berbanding bangsa Korea..atau macam mana sekali pun, kekhuatiran akan wujud pada bangsa Korea!!

Jika di Malaysia sendiri, penduduk Melayu ada lebih 90%..2 parti tidak menjadi masalah, kerana parti A dominannya melayu..parti B dominannya ialah Melayu..1 agama, 1bahasa, 1 budaya..perubahan hanya dari segi kecekapan mentadbir.

Namun begitu jika terlalu kerap bertukar parti..ni juga leh timbulkan masalah!!

Orang2 tua dah berkata..mana leh 1 kapal ada 2 nakhoda!!
___________________________

Malaysia ..melayu khuatir jika bangsa lain berkuasa, budaya mereka, bahsa mereka, agama mereka leh terhakis.
Lihat je sekarang ni orang2 cina dan orang2 India..tak mahu anak2 mereka sekolah di sekolah kebangsaan kerana khuatir hilang bahsa, hilang budaya, hilang identiti bangsa mereka. Mereka berusaha susah payah mengekalkan identiti bangsa mereka..sudah sekian lama, mereka masih belum bersedia utk jadi bangsa Malaysia. Mereka tak mahu jadi Melayu!!

Ini adalah hakikat dan realiti di Malaysia...
____________________________
Lagi pun..dalam PAKATAN, Nik Aziz kabor..mereka bergerak ngan masing2 punya ideologi..sebab tu hak Anwar le nak sokong Israel, tapi mereka tetap tidak..kononnya tak mahu masuk campur hal parti orang lain..DAP ialah DAP, PAS ialah PAS, PKR ialah PKR ( bohong je ler, DAP dan PKR campurtangan di Kedah yakni bila Azizan nak tutup pusat hiburan dlm bulan posa, PKR lak desak PAS pecat Hasan Ali - apa benda tak campur tangan??)

Kapal PAKATAN lagi punah..pasal ada 3 Nakhoda!!

Macam mana PAKATAN nak merintah pusat? jika katanya mana2 negeri ikut parti mana yg merintah..Kelantan riuh negerinya Islamik, Penang riuh negerinya gitu-gitu, Kedah tak leh nak decide negerinya macam mana..Selangor lak mmm tak tahu ler. Bayangkan kalau PAKATAN ambil pusat, tiap2 negeri lak macam autonomi..(mungkin ni hasrat DAP Penang, mugkin Penang dapat dikeluarkan dari Malaysia dan ikut jejak langkah Singapura)

Hingga hari ni tak jelas apa agenda PAKATAN!!!! yg jelas adalah nakkan Putrajaya..tu je!!

DAP jelas agendanya..dlm perdebatan pusing2 balik kat bangsa cina kononnya tertindas dan tak dapat keadilan dan hak sama rata..
PKR..jelas yakni agendanya tiada lain pastikan Anwar tak masuk penjara!! sentiasa sibuk pertahankan "kesucian Anwar" ..sejak PRU 12, tu je ler agenda perjuangan mereka..sekali sekala selit ler sikit2 hal lain.
PAS..agendanya juga jelas..bukan utk negara, bukan utk Melayu ( pasal malu ngaku melayu dan mereka bukan bangsa Melayu tapi bangsa Islam-entah sejak bila Islam ni jadi bangsa!! punya rabun dan keliru langsung tak kenal beza agama dan bangsa)..dan juga bukan utk Islam.
Agenda PAS atau perjuangan PAS adalah jelas..iaitu KALAHKAN UMNO!! UMNO kalah, tu ok ler..tak kisah bangsa tergadai ( pasal mereka tak der bangsa). takkisah agama tergadai ( kebebasan ma)..

Jadi cam ner PAKATAN leh jadi 2 sistem parti..1 parti tapi ada 3 agenda yg berlainan. Titik persamaan satu je..kalahkan BN!! Bagi mereka kalahkan BN tu ler jasa pada negara dan rakyat negara ini.

PAKATAN adalah bayangan atau acuan BN je..

PAS gagal ngan sendirinya utk dapat sokongan rakyat Malaysia..
DAP gagal ngan sendirinya utk dapat sokongan rakyat Malaysia..

Sebabnya..PAS ada satu je matlamatnya yakni kalahkan UMNO!! dan DAP pula satu je matlamatnya bebaskan orang2 cina dari "penindasan" orang2 Melayu.

Cuma sekarang ni orang2 Cina undi dan sokong PAS atas dasar utk bantu DAP..orang2 Melayu PAS pula undi dan sokong PAS atas dasar Islam walaupun dalam pemikiran Pempin2 PAS tak de pun utk Islam..

Orang2 cina undi PAS utk DAP..orang2 Melayu PAS undi PAS utk PAS ( pasal ramai suku sakat PAS ni diyakinkan bahwa PAS akan menguasai PAKATAN yakni PAS yg kuasai DAP dan PKR)
Ahli2 PAS yakin undi mereka undi mereka pada PAS adalah utk PAS, hakikatnya pula undi PAS dan PKR adalah sebenarnya memberi laluan pada DAP!! Undi PAS adalah sama je undi DAP..undi DAP memang utk DAP..undi PKR pula adalah utk DAP jugak!!

Dah ada bunyi2 pun..lum lagi berkuasa diPutrajaya..iltizam utk gubal perlembagaan Persekutuan dah ada. Kalau tidak, tidaklah Sultan2 berbunyi agar rakyat ni pertahankan Islam dan institusi Raja2!!!!

Kalau Malaysia 90-95 % penduduknya adalah Melayu..tak der ler berbunyi raja2 ni agar rakyat Malaysia khususnya orang2 Melayu agar pertahankan perlembagaan persekutuan, raja2, dan agama Islam...tak kisah ler tiap2 penggal pilihanraya tukar kerajaan.
______________
Suasana di Malaysia tidak sesuai utk 2 sistem parti..jika 2 parti..dalam PAKATAN sapa rela bubarkan partinya? Dalam BN, sapa rela bubarkan partinya? Yg bubarkan partinya yakin ke pada parti yg dominan perjuangkan hak bangsanya?

Yg ada hari ni dah ok ..MCA titik DAP, DAP titik MCA- so tak der masalah perkauman pasal sesama sendiri je.
PAS titik UMNO, UMNO titik PAS..tak de ler masalah perkauman pasal sesama sendiri!!

Kalau PAS titik MCA..DAP angin satu badan gak.
Kalau DAP titik UMNO...PAS tumpang sorak, tapi kalau dah lebih, mau angin naik satu badan gak.
Kalau UMNO titik DAP..MCA tak duduk diam ma.

MIC tak perlu sapa2 titik..

Kita leh cakap apa saja yg ideal..ilmuan dan cendiakawan leh citer apa saja jenis angan2 kehidupan cam dalam syurga..
Hakikatnya adalah tetap hakikat...Melayu adalah Melayu, Cina ialah Cina, India tetap India.

Jika PAKATAN merintah..jurang2 ni akan bertambah besar..kerana sekolah kebangsaan ada 3 aliran utama..Melayu disekolah kebangsaan, Cina di sekolah Cina, India di sekolah Tamil.
Pasti dan pasti..ketiga2 kaum utama ni akan terus bersaing utk menguasai antara satu sama lain dalam kuasa dan ekonomi!!

-aa

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template