

Gatal sungguh mulut Dzulkefly Ahmad apabila mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS yang kedua dari kalangan bukan Islam. Entah syaitan keterbukaan dan keliberalan apa yang merasuk dalam kepala jendulnya, hanya dia sendiri sahaja yang faham.
Dalam Perlembagaan PAS amat jelas, cadangan Dzulkefly Ahmad itu tidak lebih daripada satu penipuan semata-mata untuk mendapatkan undi serta pengaruh di kalangan bukan Islam. Untuk merealisasikan cadangannya, Perlembagaan PAS perlu dipinda dengan membuang perkataan Islam dan umat Islam, sebaliknya ditukar menjadi Rakyat Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan DAP.
Masakan PAS sanggup membuang jenama ISLAM yang ada pada batang tubuh parti itu. Tanpa jenama ISLAM, apalah PAS. Malah PAS hanyalah sebuah parti tupperware yang hanya dihadiri oleh si bongok-si bongok yang memikirkan apabila mereka berada dalam parti tersebut, mereka akan masuk syurga dengan mudah.
Takkanlah Dr. Dzulkefly Ahmad ingin menghapuskan PAS dari sejarah negara ini dengan cadangan bodohnya itu?
Tapi tak tahulah... semenjak berkawan dengan DAP sekarang ini, PAS buat macam-macam perkara yang tidak pernah mereka lakukan. Keseronokan bertahalluf siyasi menjadikan PAS tidak ubah seperti sebuah parti pecacai yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang disuruh oleh Anwar Ibrahim dan DAP.
Adakah maksud Dr. Dzulkefly Ahmad, PAS ingin menjadi salah satu sayap DAP dan penyatuan dengan DAP akan menjadi serupa dengan penyatuan Parti Rakyat Malaysia dengan Parti Keadilan Nasional yang kemudian daripada gabungan tersebut bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat?
Mungkinkah kita akan melihat kewujudan sebuah Parti Tindakan Demokratik Islam atau DAPI tidak lama selepas cadangan Dr. Dzulkefly Ahmad diterima oleh para penyokong PAS yang tidak pernah mampu dapat berfikir atau menggunakan akal mereka?
Kita tunggulah sama-sama!


0 comments:
Post a Comment