
TOL PLUS..TOL lebuhraya utara selatan..jadi modal kempen politik!! malah leh jadi modal perdebatan!!
Sejak adanya PLUS yakni Lebuhraya Utara Selatan ni..dan sejak adanya TOL PLUS ni, maka ianya telah jadi bahan modal politik!!
Mereka yg setahun sekali je guna lebuhraya PLUS ni pun bersorak gembira pasal TOL PLUS akan dimansuhkan jika PAKATAN berkuasa..yg sioknya yg langsung tak guna hiway PLUS ni pun tumpang seronok dan bersorak!!
Tapi cuba fikir-
- apakah jika TOL dimansuhkan, harga barang akan turun kerana kos logistic berjaya diturunkan?
- apakah rakyat tiada alternatif yakni wajib guna PLUS hiway?
- Sapa sebenar yg untung jika TOL dimansuhkan? Dari golongan rakyat Malaysia yg mana yg paling kerap guna hiway PLUS, rakyat marhein kah, golongan korporat kah, dan golongan yg berduit? Jika golongan sederhana dan kebawah ni, mungkin guna 2 atau 3 sekali je setahun..tu pun musim cuti. Kalau pasal kerja, syarikat bayor ma!! so apa untungnya pada umumnya pada rakyat?
- Jikalau tak der TOL sapa nak uruskan pengurusan dan maintenance hiway? Kerajaan Pusat kah, atau kerajaan tiap2 negeri yg mana hiway lalu negerinya? Perlukah beban ni ditanggung oleh keseluruhan rakyat pada hal yg munafaatnya ialah golongan korporat dan yg berduit pasal mereka je yg rajin guna hiway!!
- Tidakkah bagus jika kos pengurusan dan baik pulih PLUS ditanggung bersama oleh pengguna hiway tu sendiri..walaupun subsidi kerajaan pusat telah tamat. Lagi pun ada jalan alternatif.. Nak guna hiway yg mantap, tapi nak free..rasanya rakyat Korea tak macam ni perangainya.
- Jika diserah pada kerajaan negeri utk jaga hiway PLUS yg lalu dinegeri mereka, nanti tak seragam ler keadaan jalanrayanya..macam kat USA, interstate hiway..masuk state yg kaya, cantik je jalannya..masuk state yg miskin, macam jalan dalam estet!!
- Sekarang ni jalan2 dalam negeri masing2 pun masih huru hara gak..apa lagi nak jaga hiway PLUS dalam negeri mereka.
- Sekarang ni, sepanjang hiway PLUS ada satu syarikat je yg uruskan..sekurang2nya adalah consistency dari segi mutunya.
- Mamat2 dan minah2 PLUS hiway ni nak keja mana pulak dan kerajaan mana pulak nak tanggung mereka?
PAKATAN usahlah ajak rakyat Malaysia berfantasi kononnya leh mansuhkan tol hiway PLUS, kecuali PAKATAN mampu jelaskan strategi mereka yg BN tak mampu fikirkan..tapi spt biasa, syaratnya nak beritahu strategi kena bagi mereka peluang utk dapatkan Putrajaya. Logik gak, kalau beritahu sekarang nanti BN buat pulak, maklum ler budget 2012 pun tiru PAKATAN.
Macam harga minyak dan harga barang keperluan, hanya leh turun jika mereka dapat kuasai PAKATAN..malah negeri2 yg sekarang ni dibawah pemerintahan PAKATAN pun tak dapat nikmati kebijaksanaan PAKATAN dalam menangani isu kenaikan harga barang dan minyak ni..terpaksa bersabor je ler. Kalau dilaksanakan nanti BN tiru lak...sabor je ler!!
Sememangnya rahsia, atau lum leh fikirkan..bila duduk kat kerusi putrajaya, baru ler mari ilhamnya.
Jawapan yg aku leh agak ialah..Kami, PAKATAN tak dapat mansuhkan kerana ni adalah kerja BN yg telah dimenterai perjanjiannya, so salahkan BN..cuma bila tempoh perjanjian tersebut tamat pun, senyap2 mereka akan sambung gak perjanjian tersebut..cuma bukan ngan PLUS lagi tapi ada satu syarikat konsesi yg baru!!!...ngan perjanjian 999 tahun atau selagi ada bulan dan bintang....
Kemudian apa rakyat leh buat...BAYOR JE LER!! dan oleh kerana sebab2 tertentu yg tak dapat diberitahu..TOL PLUS hiway akan dinaikkan!!
Mamat2 dan minah2 PLUS hiway..leh pelan2 rancang karier baru atau rajin2 ler survey kerja baru!! pasal dengor2 PAKATAN akan menang PRU13 ni..
-aa


1 comments:
patut nye dah lame xyah bayar tol ni,pihak plus udah dpt untung byk dah..
Post a Comment