Friday, February 17, 2012

VIDEO: PADA KETIKA ORANG LAIN BERTAKBIR AIDIL ADHA, ANWAR BANTAI MENYANYI DAN MENARI DEEPAVALI!!!

Apabila blogger-blogger pro-UMNO menyiarkan gambar-gambar Anwar Ibrahim yang turun menyambut Hari Ponggal di sebuah kuil dan kemudian tanpa segan silu atau berasa cuak mengenakan pottu, kapur barus, limau, sirih, gambir dan mengambil restu dari api dalam dulang, juak-juak Anwar Ibrahim pula segera membalas dengan sekeping gambar yang menunjukkan Najib Abdul Razak juga dalam situasi yang sama.

Malangnya gambar yang digunakan adalah gambar super-imposed. Juak-juak Anwar Ibrahim tidak ada cara lagi untuk membela ketua mereka, melainkan terpaksa menipu dan memperdaya selain menfitnah semata-mata.

Namun tidak lama sebelum itu, iaitu pada maghrib 5 November 2011, iaitu 9 Dzulhijjah, pada ketika umat Islam di seluruh dunia bertakbir memuji kebesaran Allah Taala sempena menyambut Aidul Adha, Anwar Ibrahim pula menari sakan dengan penuh kegembiraan menyambut Deepavali.

Demi undi, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa-apa sahaja. Sedar bahawa sokongan masyarakat India kepadanya semakin menurun dan terus merudum, Anwar terpaksa menggunakan taktik lamanya dengan menjadikan ANAK INDIA, ANAK SAYA. Bila sudah kuat nanti, apa yang berlaku kepada masyarakat India Kampung Buah Pala dan Kampung Bunga Raya, itulah juga yang akan berlaku kepada masyarakat India penyokong Pakatan Rakyat.

Apa lagi yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim selepas ini. Barangkali kalau PRU lambat lagi dan Thaipussam datang dulu, jangan terkejut sekiranya Anwar Ibrahim akan menanggung kavadi, berjalan atas bara api, merangkak di atas anak tangga Batu Caves, mahupun mencari Ayah Pin untuk minum susu yang digunakan untuk membasuh kaki Ayah Pin!!!

Tengok Video di bawah!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template