Tuesday, February 28, 2012

WANITA SUBAHAT KHALWAT BADROL AMIN BACA SKRIP SAMA!!!


Wanita yang menjadi subahat khalwat Badrol Amin menafikan dia bersama-sama Badrol Amin di dalam sebuah bilik bertemankan seorang anak kecil berusia dua tahun ketika ditangkap berkhalwat. Sebaliknya berkata, dia bertemu Badrol Amin di luar bilik hotel tetapi kemudian, Badrol Amin telah dimasukkan ke dalam bilik, dikurung dan dipukul!

Wah... sudah ada versi baru tentang tragedi TUTUH BINI ORANG DI BILIK HOTEL di Balok, Kuantan itu!

Sesuatu yang sangat pasti ialah, sekali lagi kamera CCTV hotel berkenaan akan digunakan sebagai saksi. Atau barangkali akan terkeluar lagi satu fatwa yang mengatakan, kamera video serta rakaman tersebut tidak boleh dijadikan sebagai bukti dan saksi kerana sifatnya besi yang tuli dan bisu?

Penafian yang dibuat oleh wanita berkenaan, tersangat mirip dengan penafian Badrol Amin, sekaligus menandakan wujudnya skrip yang sama, dikongsi oleh kedua-dua orang yang dituduh berkhalwat itu.

Konspirasi atau sebaliknya, wanita berkenaan telah pun mengakui bahawa kedatangannya ke hotel tersebut dan pertemuannya dengan Badrol Amin pada waktu subuh adalah atas kerelaannya sendiri, sekaligus menafikan TEORI KONSPIRASI yang cuba diwujudkan oleh Badrol Amin dan barisan peguamnya.

Badrol Amin yang diketahui merupakan seorang pemimpin PKR yang turut bersama-sama isterinya di Kuantan, memilih untuk bersendirian membantu isteri orang itu walaupun padanya terlekat title USTAZ. Sedangkan sebagai seorang USTAZ, Badrol Amin seharusnya mengetahui perbuatannya itu sendiri adalah satu fitnah.

Menyalahkan UMNO kerana kesilapan perbuatan sendiri, hanya menunjukkan betapa terdesaknya pasangan yang sudah ditangkap khalwat itu. Cubaan untuk menyalahkan suami wanita yang bertemu Badrol Amin di bilik hotel pada waktu subuh, kerana membelasah Badrol Amin juga menjelaskan betapa terdesaknya pasangan Badrol Amin itu untuk membela Badrol Amin, apatah lagi penjelasan seterusnya ialah, dia dalam proses memohon cerai daripada suaminya!

Maknanya, wanita tersebut mahu menutup malu dengan meminta cerai daripada suaminya dan kemudian... jeng jeng jeng... sendiri boleh fikir apa yang akan berlaku selepas itu dalam cubaan menutup malu!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template