
Zuraidah 'Mak Lampir' Kamaruddin kembali meneruskan serangan dan dakwaan terhadap NFC dalam usaha untuk mengalihkan serangan yang ditujukan terhadap Anwar Ibrahim yang sudah tersalah sebut tentang Israel. Zuraidah Kamaruddin menuduh, Syamsulbahrin Ismail telah diarahkan oleh pegawai NFC untuk merasuah polis.
Ada dua pertuduhan yang dibuat oleh Zuraidah iaitu NFC RASUAH POLIS menggunakan Syamsulbahrin dan POLIS AMBIL RASUAH. Dua pertuduhan yang sangat berat dan dalam tuduhan tersebut terkandung cubaan melakukan fitnah yang dahsyat.
Secara tiba-tiba Zuraidah cuba mengangkat Syamsulbahrin sebagai HERO baru mereka dengan melabelkannya sebagai KAMBING HITAM. Dalam sidang medianya, Zuraidah menyatakan bahawa wujud tekanan daripada pegawai NFC yang dia sendiri tidak berani menamakannya untuk Syamsulbahrin merasuah polis.
Dengan kata lain, Zuraidah yang sudah kehilangan modal untuk mengenakan NFC selepas penjelasan yang diberikan oleh Ketua Audit Negara menunjukkan segala tuduhan rambang pihak PKR sebelum ini hanyalah fitnah semata-mata, terutama sekali tentang kegagalan program NFC dan salah guna WANG RAKYAT yang tidak pernah berlaku pun, cuba membuktikan bahawa segala tuduhannya selama ini adalah benar...
Untuk apa NFC cuba merasuah polis jikalau polis sudah beberapa kali sebelum ini menyatakan bahawa siasatan mereka tidak menunjukkan sebarang kewujudan penyelewengan. Begitu juga dengan hasil siasatan SPRM, juga menjelaskan bahawa NFC menjalankan operasi mereka mengikut prosedur yang sepatutnya. Laporan Ketua Audit Negara juga menjelaskan tentang kepincangan 'pihak lain' yang menyebabkan NFC tidak dapat membuat pengeluaran seperti yang dirancang pada awal kewujudan program berkenaan. (BACA DI SINI)
Namun yang paling menarik, bagaimana pula Zuraidah menjadi jurucakap bagi pihak Syamsulbahrin yang sekarang ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menipu? Apa sebenarnya yang ditakuti oleh Zuraidah? Adakah Zuraidah sebenarnya terlalu bimbang sekiranya 'pertalian' yang mungkin wujud antara PKR dengan Syamsulbahrin terdedah? Atau adakah Zuraidah sedang cuba membuat penafian awal pembabitannya dengan Syamsulbahrin menerusi kaedah yang seringkali digunakan oleh Ketua Umum PKR iaitu menyerang dan memutarbelit terlebih dahulu sebelum rahsia terdedah?
Sememangnya sangat aneh apabila melihat kelaku Zuraidah Kamaruddin yang menggelupur tak tentu fasal dalam hal ini... Mungkin ada baiknya juga pihak berkuasa mula menyiasat pembabitan Ketua Wanita PKR itu dengan Syamsulbahrin, terutama dalam usahanya untuk membuktikan NFC benar-benar melarikan wang negara!!!!


1 comments:
bro, link exchange please, i'd added ur blog url in my blog bidaman.blogspot.com
Post a Comment