Friday, February 3, 2012

ZURAIDAH PERLU BELAJAR MANDI WAJIB SEBELUM DESAK SHAHRIZAT JALIL LETAK JAWATAN!!!


Sebagai Ahli Parlimen, Zuraidah Kamaruddin adalah seorang wakil rakyat yang paling tak berguna. Tidak ada satu benda pun yang dilakukannya di Ampang. Setiap masa dia melalak pelbagai isu tetapi isu-isu di Ampang sendiri tidak pernah dapat diselesaikannya. Bahkan kesemua isu itu cuba disorokkan di bawah karpet.

Di dalam PKR sendiri, selaku Ketua Wanita, Zuraidah Kamaruddin adalah Ketua Wanita yang paling menjahanamkan parti dengan keazamannya mengekalkan kedudukan dengan cara membenamkan rakan-rakan Wanita separtinya sendiri.

Sehingga kini, apa sumbangan yang telah diberikan oleh Zuraidah Kamaruddin kepada negara yang telah menganugerahkan kewarganegaraannya sekalipun telah lebih tiga tahun dia menjadi Ahli Parlimen?

Desakan Zuraidah Kamaruddin agar Shahrizat Jalil meletakkan jawatan seandainya ada maruah, sebenarnya mencerminkan keburukan sifat yang ada pada dirinya. Shahrizat yang diserang secara fitnah dan tohmahan, tetapi Shahrizat Jalil jugalah yang terpaksa menelan segala dosa fitnah.

Corak berpolitik yang dimainkan oleh Zuraidah Kamaruddin amat keji!

Setelah penjelasan panjang lebar yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, di mana air muka Zuraidah yang masih mengatakan Shahrizat Jalil terbabit dengan NFC dan tidak ada maruah kerana NFCorp memperolehi pinjaman mudah dan menggunakan pinjaman berkenaan untuk menjana pendapatan bagi pembayaran yang perlu dibuat kepada kerajaan bermula pada tahun ini?

Zuraidah Kamaruddin terus bermain dengan persepsi walaupun hakikatnya segala tuduhan yang dilemparkan kepada Shahrizat Jalil tidak dapat dibuktikan sama sekali. Sehingga kini, bukti yang menunjukkan keterkaitan Shahrizat Jalil dengan NFCorporation dan NFC, gagal dihadirkan oleh Zuraidah Kamaruddin.

Anehnya dia cuba memetik kata-kata Rafizah Aziz dan Ali Al-Habshee yang mempunyai kepentingan besar dalam hal ini untuk mempertahankan dirinya yang sudah pun didedahkan sebagai penfitnah besar.

Di mana maruah Zuraidah Kamaruddin sendiri apabila serombongan ibu tunggal datang ke pejabatnya mengadu hal dan cuba mendapatkan bantuan tetapi diberi jawapan bahawa pinjaman serta bantuan kepada ibu-ibu tunggal tidak ada sedangkan pada masa yang sama, beberapa orang penyokong PKR di kawasan yang sama, diberikan pinjaman RM5000 untuk perniagaan kecil?

Di mana air muka Zuraidah selaku wakil rakyat, apabila seorang ibu miskin cuba mendapatkan bantuan daripadanya selaku Wakil Rakyat bagi seorang anak cacat yang sedang kesakitan, tetapi TIDAK DILAYAN SAMA SEKALI oleh Zuraidah yang lebih sibukkan lembu fidlot berbanding rakyat yang diwakilinya?

Mana maruah serta harga diri Zuraidah Kamaruddin, apabila pertanyaan tentang rumah-rumah mampu milik yang kononnya hendak dibangunkan di kawasan Ampang jikalau Pakatan menang oleh pengundi yang terpedaya, DITEMPELAK dan DIHAMUN oleh Zuraidah Kamaruddin sendiri?

Datanglah ke Ampang dan tanyakanlah kepada penduduk di Ampang, terutama sekali mereka yang pernah 'berkunjung' ke pejabat Zuraidah Kamaruddin dan ada sejuta satu macam macam cerita-cerita sadis melibatkan bekas warga Singapura itu bersama para pembantunya!

Mengapa tidak sahaja Zuraidah Kamaruddin meletak semua jawatan kerana DIA ADALAH SEORANG YANG AMAT TIDAK BERGUNA kepada rakyat yang diwakilinya, berbanding mendesak Shahrizat Jalil yang hanya menjadi mangsa fitnah dan tohmahan jahat Zuraidah serta kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat?

Lembu fidlot tidak lebih berharga daripada undi serta harapan yang disandarkan ke bahu Zuraidah Kamaruddin. RM250 juta pinjaman mudah yang diperolehi oleh NFCorp tidak setanding dengan tender serta kontrak pembersihan di kawasan Ampang yang dibahagi-bahagikan sesama kroni oleh Zuraidah Kamaruddin. Ladang 1500 ekar di Gemas, tidak sebanding dengan cukai pintu dan cukai tanah yang dinaikkan di Ampang sedangkan keadaan prasarana di kawasan Zuraidah Kamaruddin itu berada dalam keadaan yang jauh lebih daif.

Sebelum Zuraidah Kamaruddin menyelak kain Shahrizat Jalil, ada baiknya dia selak kainnya sendiri untuk melihat sama ada dia sendiri sudah bercukur atau belum!!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template