IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, March 26, 2012

ANWAR MAKIN RISAU, BIMBANG TEMBELANG GUNA DUIT SELANGOR SECARA BERLEBIHAN DIBOCORKAN!!!

Monday, March 26, 2012

Bukan main menyinga lagi Anwar apabila Najib memperlihatkan kesungguhan UMNO-BN untuk menawan dan mengembalikan Selangor ke tangan UMNO-BN semula selepas Pakatan menjadikan Selangor sebagai harta tebusan peribadi mereka.

Dan seperti biasa, Anwar kekal dengan cakap besarnya. Katanya, Najib sekadar berangan untuk menawan Selangor kerana Pakatan sudah semakin hampir untuk menawan Putrajaya. Lagipun katanya, Kerajaan Negeri yang duk ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang baik, telus, hebat dan jujur.

Tang mana landasan dan kayu ukur yang digunakan oleh Anwar untuk bercakap besar seperti itu?

Masalah di Selangor jauh lebih besar daripada yang dibayangkan oleh semua orang. selangor berada dalam keadaan berkecamuk dan huru-hara. Di mana-mana, Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Khalid Ibrahim, sedang berusaha untuk menjual segala tanah dan menghalau setiap orang rakyat yang tinggal atau mengusahakan tanah yang disyaki memiliki pasir yang banyak seperti yang berlaku di Bistari Jaya.

Malah Anwar Ibrahim yang berjawatan selaku Penasihat Ekonomi Selangor telah menggunakan ratusan juta ringgit duit rakyat Selangor semata-mata untuk memuaskan nafsunya berjalan dan makan angin di luar negara.

Jatuhnya Selangor ke tangan UMNO-BN akan menyebabkan Anwar Ibrahim kehilangan segala keistimewaan yang sedang dikecapinya sekarang. Anwar yang berangan-angan ingin menjadi Caucescu Romania yang beranagan-angan segala harta negara adalah hartanya sendiri, tentu sekali tidak akan meninggalkan kebiasaannya yang buruk dan merugikan rakyat itu.

Itulah sebabnya Anwar mengejek Najib... Namun daripada petunjuk yang ada, Anwar seharusnya menggelabah besar memandangkan apabila UMNO-BN memperolehi Selangor semula, Anwar merupakan orang pertama yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana MENCURI DAN MENYALAHGUNAKAN WANG RAKYAT SELANGOR!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels