Friday, March 2, 2012

BADROL AMIN MELALAK SEBAB TERINGAT LUBANG TAK BERAIR!!!


Konon-kononnya dia baik sangatlah. Konon-kononnya seksa sangatlah dia berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Konon-kononnya dia menangis sebab terkenangkan bilik sel yang sempit dan tidak berair.

Kes khalwatnya bukan lagi membabitkan tangisan sebaliknya Badrol Amin perlu menanggalkan semua nama, pangkat dan jawatannya. Besar dan terkutuk yang teramat sangat kerana dia melarikan isteri orang dan menyorokkannya di dalam sebuah bilik hotel.

Tersepit dan cuba menyelamatkan diri, Badrol Amin menipu orang ramai dengan mengatakan dia telah dipukul oleh lebih 20 orang lelaki tidak dikenali di kepala dan belakang tubuhnya. Tetapi tidak ada satu calar atau lebam pun yang kelihatan pada kepala dan belakang badannya sebagaimana yang didakwa.

Alangkan kena pukul seorang sahaja pun, sudah menggelupur bengkak bengkil. Namun Badrol Amin, jangankan lebam dan bincut, satu kesan pun tak ada di badannya kerana pukulan 20 orang.

Apakah leluhurnya dari Indonesia telah mengajarkan dia ilmu apung tubuh sehingga setiap pukulan tidak akan menjejaskan walau seinci kulitnya pun?

Badrol Amin adalah pemegang kad pengenalan KOD 71 walaupun mendakwa dia dilahirkan di Sabah!

Ketika menceritakan keadaannya dalam tahanan ISA, Badrol Amin menangis. Bila ditanya, katanya dia teringatkan liang lahad!

Punyalah munafiq punya manusia.... tiga hari simpan bini orang dalam bilik hotel, bila ditanya serta-merta bertukar kulit jadi si abid yang teringatkan kematian dan azab sengsara liang lahad?

Masa dia buat kerja maksiat, agak-agaknya dia melalak tak macam yang dia buat masa menceritakan tentang azab sengsara dalam tahanan ISA? Ada tak dia hulurkan tangannya ke dalam api yang menyala untuk mengingatkan dirinya bahawa api neraka jauh lebih panas membakar dan merentungkan kulit?

Atau memang jenis manusia munafiq seperti Badrol Amin akan meniru apa-apa sahaja yang dilakukan oleh ikonnya iaitu Anwar Ibrahim terutama sekali dalam bab BERLAKON MENGELUARKAN AIR MATA?

Menangis konon... masa bersama bini orang dalam bilik hotel pukul tiga pagi, tak nangis pun?

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template