1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, March 20, 2012

BERANINYA ANWAR SAMAN NALLAKARUPPAN DAN UTUSAN MALAYSIA!!! RM100 JUTA LAGI LA!!!

Tuesday, March 20, 2012

Seperti biasa, Anwar akan mengambil kesempatan untuk menyalahkan Najib Abdul Razak dan UMNO atas perbuatan hinanya yang bukan sahaja menjijikkan, bahkan dilaknat oleh Allah Taala dan Rasul-Nya. Kata Anwar nak mengaku, minta maaf... Anwar tidak akan melakukannya, apatah lagi jikalau ada konco-konconya yang berkata, kalaupun dia melihat Anwar sedang melakukan perbuatan liwat, dia tetap tidak percaya Anwar meliwat.

Nilai RM100 juta yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sebenarnya tidaklah begitu bernilai berbanding cerita dia sebagai BISEKSUAL tidak lagi diperkatakan. Anwar tahu KELEMAHAN pihak lawannya. Mereka terlalu menghormati UNDANG-UNDANG. Apabila saman telah dibuat, maka mereka akan menutup mulut dan tidak lagi memanjangkan perkara itu. Bukan kerana takut, tetapi kerana tidak mahu mengganggu urusan mahkamah.

Lainlah Anwar Ibrahim... dia tidak sahaja mempergunakan undang-undang untuk kepentingan peribadinya, tetapi juga untuk membuat manipulasi sesuka hati. Tidak ada satu undang-undang di Malaysia pun yang dihormati oleh Anwar Ibrahim. Jangankan undang-undang Malaysia, Undang-Undang Allah Taala pun, dia main langgar sesuka hati.

Tak boleh jawab sendiri, Anwar Ibrahim guna anak dan isterinya. Tak cukup dengan anak isteri, Anwar Ibrahim guna juga para pemimpin PKR untuk membelanya. Tidak cukup dengan pemimpin PKR, Anwar Ibrahim gunakan agama menerusi pemimpin-pemimpin PAS yang rata-rata diiktiraf dan dilabelkan sebagai ulama oleh para pengikut mereka untuk menuturkan fatwa-fatwa yang dilihat mampu membela Anwar.

Dan akhir sekali, tidak cukup dengan semua itu, Anwar Ibrahim sanggup mengupah anjing-anjing berekor pendek untuk menyalak tentang MORALITI, ETIKA, TULUS, BERSIH dan sebagainya dalam apa yang dilihat sebagai KEMPEN ANTI PORNO.

Bagaimanapun, tindakan Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Nallakaruppan, ada baiknya. Selama ini, Nallakaruppan terlalu banyak bercakap tentang Anwar Ibrahim, sehingga akhirnya dia mendapat jawatan SENATOR, tetapi sehingga sekarang, tidak ada satu bukti pun yang dipersembahkan kepada khalayak awam. Nallakaruppan sekadar bercakap dan hanya bercakap.

Saman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim akan memberikan peluang kepada Nallakaruppan untuk membuktikan kebenaran kata-katanya selepas bertahun-tahun bercakap tentang Anwar Ibrahim. Dan pihak yang telah bersetuju memberikan gelaran Senator kepadanya juga akan dapat melihat sama ada benar Nallakaruppan akan mendedahkan bukti tentang apa yang diperkatakannya mengenai Anwar Ibrahim atau ianya satu drama U-TURN terhebat pada alaf ini dengan permohonan maaf dan pengakuan bersalah.

Drama yang menjadikan media sebagai mangsa, bukan perkara baru dalam dunia politik dunia. Di Israel, ini adalah budaya yang berakar umbi dalam badan para pemimpin Zionis yang gemar menyaman dan memufliskan sesebuah media yang hanya melaporkan apa yang orang lain kata!

Secara tidak langsung, semakin ketaralah Anwar Ibrahim sebagai budak suruhan Zionis yang terpaksa mengambil masa yang sangat panjang untuk menyaman Nallakaruppan walaupun Nallakaruppan pernah mendakwa Anwar Ibrahim mempunyai hubungan intim kemaluan dengan isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels