Saturday, March 3, 2012

DAHSYAT SUNGGUH HANGPA FITNAH MAHFUZ!!!


Hangpa tak dengar ka pengakuan Mahfuz Omar?

Mahfuz kata dia tak berhajat nak jadi Menteri Besar Kedah sebab Menteri Besar Kedah di bawah Perdana Menteri. Mahfuz kata, dia tak berhajat langsung nak lawan di DUN sebab dia nak pertahankan Parlimen. Mahfuz kata lagi dia tidak ada sebarang perselisihan faham dengan Menteri Besar Kedah.

Sekaligus Mahfuz menafikan segala khabar angin bahawa dialah tok dalang di sebalik kemelut yang sedang berlaku di Kedah.

Tak baik woooo hangpa pitnah Mahfuz. Cuba tengok muka Mahfuz tu... tidakkah Mahfuz seorang jejaka yang sangat baik, berbudi bahasa dan seorang yang sangat gemar berterus-terang?

Mahfuz mana ada baik dengan Phahrolrazi Zawawi. Bukan Mahfuz yang duk dalam team Phahrolrazi Zawawi walaupun Salahuddin Ayub telah dihantar oleh PAS Pusat untuk menyelesaikan kemelut di Kedah. Mahfuz tukang bagi nasihat kepada Phahrolrazi Zawawi saja. Dia sikit pun tak hasut Phahrolrazi Zawawi supaya jadi PARASIT.

Cerita-cerita tentang Mahfuz nak jadi Menteri Besar semuanya cerita-cerita kosong. Cerita yang Mahfuz tak suka kat OSTAT KITA sebab OSTAT KITA tak cerdik macam dia, tu semua cerita dongeng saja.

Jadi, tolonglah jangan duk buat cerita petnah kat Mahfuz. Tak baik tau!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template