
JATI telah dilancarkan dengan Hasan Ali bercerita tentang kewujudan bukti yang menunjukkan berlakunya pemurtadan melibatkan sepasang suami isteri, sekaligus menyokong dakwaannya selama ini.
Namun Hasan Ali juga sebenarnya mempunyai satu macam perangai iaitu perangai yang akan bercakap apa-apa sahaja tetapi tersangat lambat membuktikan tuduhannya. Perangai lamanya dalam PAS masih terbawa-bawa walaupun dia telah kehilangan keanggotaan dalam parti tersebut.
Setakat ini, Hasan Ali sekadar melepaskan geram kerana dia telah disingkirkan daripada jawatan Exco Selangor dan keanggotaannya dalam PAS dilucutkan. Di sana sini dia telah membuat ceramah dan berkempen untuk JATI tetapi tidak banyak yang 'dikeluarkan' untuk menunjukkan betapa PAS sebenarnya telah tersalah menyingkirkannya.
Walaupun Hasan Ali menceritakan bagaimana PARASIT-PARASIT dalam PAS telah bertindak dan gerak kerja mereka untuk memastikan PAS sentiasa tunduk kepada DAP serta PKR, namun setakat ini Hasan Ali sekadar bercakap dan bukannya menunjukkan bukti.
Justeru apabila Hasan Ali menyatakan, ada video yang membuktikan dakwaannya bahawa kerja-kerja pemurtadan memang dilakukan oleh kroni DAP di Selangor, ramai yang menanti-nanti untuk melihat dan mendengar sendiri pengakuan orang yang telah dimurtadkan oleh kroni-kroni DAP.
Masalahnya, video berkenaan belum lagi ditunjukkan. Hasan Ali sekadar bercakap dan memperkatakannya. Sebenarnya Hasan Ali sudah terlalu banyak berjanji tentang perkara ini. Hasan Ali berjanji akan mendedahkan tentang PARASIT dalam PAS, tetapi satu-satunya nama yang berani dia sebut hanyalah Khalid Samad yang sememangnya diketahui ramai, dia bukan sahaja PARASIT dalam PAS tetapi pengkhianat umat Islam di seluruh Malaysia.
Nama-nama lain tidak berani langsung disebut oleh Hasan Ali. Barangkali Hasan Ali takut disaman. Atau barangkali Hasan Ali juga takut yang dia akan membuat fitnah. Itulah sebabnya, dalam ceramahnya yang ramai orang, Hasan Ali masih terus memperkatakan tentang objektif sebenar penubuhan JATI, dan bukannya pendedahan PARASIT serta peruntuh-peruntuh agama PAS dalam parti berkenaan.
Namun, secara jujur, orang ramai yang datang mendengar ceramahnya ingin mendengar lebih daripada itu. Mereka ingin tahu tentang PARASIT dalam PAS. Mereka ingin tahu tentang betapa tunduknya PAS kepada DAP dan PKR dengan sebutan fakta-fakta yang jelas, sebagaimana Hasan Ali menyatakan kesalahan UMNO sewaktu dia masih jadi pemimpin PAS dahulu.
Sampai bila Hasan Ali boleh terus bertahan dengan ceramahnya yang benar-benar umum itu?


0 comments:
Post a Comment