
Presiden MIC, G.Palanivel berkata, sokongan masyarakat India kepada Barisan Nasional semakin meningkat. Semuanya hasil kerja keras MIC, katanya. MIC telah turun padang dan berjaya mempengaruhi masyarakat India untuk menyokong Barisan Nasional, dakwanya.
Betul ke si Palanivel ni?
Dakwaannya konon MIC sedang berusaha merampas semua dua kerusi Parlimen yang ditandingi di Pulau Pinang selain menambah beberapa kerusi lain untuk kemenangan Barisan Nasional, dilihat sebagai lebih cakap daripada bekerja!
Sama seperti GERAKAN dan PPP, MIC masih lagi berbulan madu dengan kekalahan mereka pada PRU12 yang lalu. Pemimpin-pemimpin MIC yang bekerja, boleh dibilang dengan jari, manakala pemimpin-pemimpin MIC yang lain, masih lagi hidup pada zaman pre-historic. Corak kerja mereka pula masih jauh ketinggalan dan langsung tidak sesuai lagi pada zaman ini.
Palanivel sendiri bukanlah pemimpin yang disenangi oleh masyarakatnya sendiri. Sebagai klon Sammy Vellu pada penghujung hayat politiknya, Palanivel dilihat tidak berupaya mengembalikan masyarakat India dalam saf MIC. Malahan lebih ramai masyarakat India yang senang berada di luar MIC.
G.Palanivel tidak seharusnya bercakap besar atau memasang impian yang bukan-bukan. Apa kerja Palanivel dan para pemimpin MIC lain yang sudah berjaya dan dipromosikan?
Hampir tidak ada!
Sebaliknya, masyarakat India yang kembali menyokong Barisan Nasional bukanlah disebabkan kerja keras MIC, sebaliknya kerana sudah bosan dengan Pakatan Rakyat yang menipu dan mengenakan mereka.
Bermimpi yang masyarakat India akan menyokong calon-calon MIC pada PRU13 hanyalah satu bala bencana buat Barisan Nasional yang cuba mendapatkan majoriti dua pertiga. Sehingga setakat ini, belum ada masyarakat India yang dahulunya menyokong Pakatan, menyatakan mereka ingin kembali menyokong MIC. Sebaliknya yang kerap dilaung-laungkan, mereka akan menyokong mana-mana komponen Barisan Nasional tetapi bukan MIC!
Apa indikasi itiu sebenarnya?
Indikasinya, G.Palanivel tak perlulah berangan-angan dengan cerita-cerita karutnya! Dia belum berjaya selaku Presiden MIC pun!!!


0 comments:
Post a Comment