Badrol Amin ketika 'membela diri' daripada tuduhan melarikan dan menyembunyikan isteri orang berkata, pada 24 Februari wanita subahat khalwatnya telah menghubunginya dan memberitahu tentang keinginan untuk melarikan diri kerana bimbang keselamatan dirinya akibat siksaan suaminya.
Namun maklumat yang diperolehi ialah, wanita itu semenjak bertemu dengan Badrol Amin, telah membuat proses perceraian pada pertengahan Januari lagi. Dengan kata lain, wanita berkenaan memang benar berada dalam keadaan krisis dengan suaminya.
Kalau dah krisis dan dalam proses perceraian, takkanlah wanita itu akan tinggal sekali dengan suaminya dalam satu rumah. Kalau dah tak tinggal dalam satu rumah, macam mana pula wanita itu melarikan diri dari rumah kerana takut siksaan suaminya atau bimbang ancaman keselamatan dirinya?
Katakanlah wanita itu bimbang ancaman suaminya, mengapa pula wanita itu sanggup 'lari' sejauh 120 kilometer untuk berjumpa dengan OSTAT BADROL AMIN, dan bukannya membuat laporan polis? Apakah Badrol Amin di sebuah bilik hotel di Balok, Kuantan mempunyai kuasa Ben-1o yang boleh menyelamatkan wanita itu daripada ancaman suaminya berbanding polis atau pihak berkuasa yang lebih dekat di Rompin?
Nampaknya memang kuat sungguhlah pembohongan Badrol Amin. Hari demi hari membuktikan Badrol Amin memang penipu besar. Memang selayaknyalah dia melepaskan semua jawatan dan berkira-kira untuk cari kerja lain selain daripada kerja politik.
Kelahiran Indonesia tetapi berkerakyatan Malaysia itu sebelum ini telah menutup mulut berhubung kenyataan dan dakwaan seorang wanita yang mengakui sebagai isterinya di Sabah. Wanita itu mendakwa Badrol Amin telah memukulnya di hadapan anak-anak dan tidak membayar nafkah selama dua tahun!
Kelahiran Indonesia itu juga sebelum ini telah mengancam semua pihak yang menyiarkan berita khalwatnya untuk disaman dan barisan peguamnya sedang bersedia ke arah itu!!!


0 comments:
Post a Comment