Saturday, March 3, 2012

HASAN ALI MEMANG HINA! KENAPA SAMAN BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA?

Hasan Ali hari ini berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, kerana memfitnah beliau menerima tajaan kementerian belia dan sukan.

Sambil menafikan dakwaan Mahfuz, Hasan memberitahu saman tersebut akan difailkan dalam waktu terdekat dan peguamnya sedang meneliti perkara itu kerana menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin politik, NGO serta pakar motivasi.

Mahfuz sebelum ini dalam satu sidang media menuduh NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) yang diterajui Hasan Ali menerima tajaan RM30 juta dari kementerian belia dan sukan untuk membiayai 2,000 program latihan.

Dakwaan itu turut dikecam oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery yang menganggap Mahfuz berbohong dan kebudak-budakan.

Suatu yang menarik bila Hasan Ali menyifatkan Mahfuz adalah "kuda tunggangan kumpulan parasit dalam PAS". Perkara tersebut seolah dibuktikan sendiri oleh Mahfuz berdasarkan beberapa kenyataan sebelum ini.

Mahfuz pernah menunjukan siapa "dirinya yang sebenar" bila menyokong kenyataan Anwar berhubung keselamatan negara Israel, kenyataannya sengaja dibuat sebelum pertemuan ketua umum PKR itu dengan Nik Aziz yang mewakili Majlis Syura PAS yang telah mengesa agar Anwar menarik balik "sokongannya terhadap Israel".

Mahfuz dilihat awal-awal lagi sudah meremehkan pendirian serta gesaan Majlis Syura PAS yang bertegas tentang 'isu israel'. Sedangkan pemimpin-pemimpin PAS yang lain bersikap senada dengan Majlis Syura, atau setidak-tidaknya mereka berdiam diri agar tidak mengelirukan penyokong mereka sendiri dengan kenyataan yang bercanggah dengan para ulama.

Nampak sangat pemimpin PAS yang kebudak-budakan ini adalah "kuda tunggangan parasit dalam PAS", seperti yang didakwa Hasan Ali?

p/s: kalau pasal bukti-bukti Mahfuz perlu berguru dengan Rafizi,

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template