Thursday, March 1, 2012

JANTAN MUKA LEKAK-LEKUK TUNJUK PANDAI LAGI!!!


Tidak boleh dinafikan, Saifuddin Nasution adalah antara makhluk yang paling lidah bercabang, sepertimana cabangnya punggung dia yang sekejap UMNO, sekejap PAS, sekejap PKR dan selepas ini, besar kemungkinan akan melompat masuk DAP!

Kata Saifuddin Nasution, ketiga-tiga surat Dr. Mahathir kepada ketiga-tiga orang Perdana Menteri Israel adalah bukti kepura-puraan UMNO dan Barisan Nasional dalam menangani masalah Palestin. Alasan-alasannya boleh dibaca DI SINI.

Secara jelas, Saifuddin Nasution sebenarnya kehilangan akal untuk membela Anwar Ibrahim yang juga tersepit dalam sokongan kepada Zionis Israel. Saifuddin cuba membangkitkan kononnya kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf FATAH tetapi gagal mengiktiraf HAMAS yang dilantik oleh rakyat Malaysia.

Walhal apa yang berlaku ialah HAMAS sememangnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan dengan bantuan yang diberikan oleh Malaysia - sama ada secara tersembunyi atau secara terus-terang. Berbanding pula Anwar Ibrahim yang jelas-jelas menyebelahi Israel dalam mana-mana ucapannya di luar Malaysia. Malahan Anwar Ibrahim turut menyokong pembunuhan rakyat Iraq dalam salah satu ucapannya yang 'terkenal' itu.

Penjahat dan pengkhianat seperti Saifuddin Nasution sememangnya amat menjengkelnya. Sikap pembohong dan memutarbelitkan kesalahan sendiri kemudian memindahkan kesalahan yang dilakukan kepada orang lain, sememangnya membuatkan ramai yang meluat dengan para pemimpin seperti ini.

Saifuddin Nasution selaku Setiausaha Agung PKR seharusnya mencari jalan lain untuk menyangkal ketiga-tiga surat berkenaan, atau lebih baik mendiamkan diri memandangkan ketiga-tiga surat berkenaan bukti jelas tentang penentangan secara waras Mahathir terhadap Zionis Israel.

Berbeza pula dengan 'tentangan' Anwar Ibrahim terhadap tuan besarnya di Tel Aviv, Anwar memilih untuk menyokong dan menjamin keselamatan Zionis Israel sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya.

Pusinglah kut mana pun, yang sah-sahnya memang Anwar Ibrahim penyokong Zionis Israel!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template