Sunday, March 4, 2012

KADIAQ YANG BERONG, BENGONG DAN TONGONG!!!


Apabila Tok Kadiaq menyatakan bahawa para pengundi di Kulim-Bandar Baru perlu dibayar RM200 untuk keluar mengundi, secara tidak langsung Kadiaq sebenarnya sudah menunjukkan kepada dunia bahawa sepanjang 'pemerintahannya' di Kulim-Bandar Baru sehinggalah ke percubaan untuk menaikkan adiknya yang kemudian digagalkan oleh kemenangan Zulkifli Nordin, Tok Kadiaq menang sebab dia telah membayar para pengundi di daerah pengundian itu untuk memilihnya.

Tidakkahh itu namanya kurang ajar dan sangat biadap bagi seorang peguam tua seperti Tok Kadiaq yang kian bongkok dan terpaksa menanam rambut agar kepala botaknya tidak dilihat umum?

Benarkah dakwaan Tok Kadiaq?

Sudah tentulah dakwaan Tok Kadiaq itu hanyalah berdasarkan skrip yang diserahkan kepadanya untuk dibaca. Semenjak Tok Kadiaq cuba mendapatkan bantuan Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim menyelamatkan hartanya di Selangor yang diperolehi secara meragukan, Tok Kadiaq dah jadi macam orang buang tebiat, cakap merapu-rapu.

Pengundi-pengundi di Kulim-Bandar Baru tidak sebodoh dan senaif yang difikirkan oleh Tok Kadiaq yang telah menjadi Ahli Parlimen mereka selama lebih tiga dekad. Mungkin sokongan yang diberikan oleh pengundi-pengundi kepada Tok Kadiaq membuatkan orang tua kemaruk itu terfikir bahawa selama ini, huluran duit yang diberikannya kepada orang-orang kampung di seluruh Kulim-Bandar Baru telah membuatkan matanya jadi buta dan segala ilmu guamannya jadi tolol.

Tok Kadiaq sudah berlawak lebih dari sepatutnya. Sepatutnya Tok Kadiaq dalam usaha untuk memperlihatkan UMNO terlalu kotor dan terlalu terdesak untuk menang, menerangkan juga dari mana SUPER KEKAYAAN yang diperolehinya dan dinikmatinya sekarang, diperolehi. Mustahil dengan firma guamannya, Tok Kadiaq boleh jadi SUPER KAYA kalau tidak pun setaraf kayanya dengan Anwar Ibrahim.

Kalau bukan kerana UMNO dan jawatan-jawatan yang diperolehi menerusi UMNO, Tok Kadiaq masih lagi berpejabat di Menara MBF, Jalan Ampang sampai sekarang. Kalau bukan kerana UMNO, Tok Kadiaq juga hanyalah seorang peguam yang terpaksa mencari jalan berbelit-belit untuk buat duit. Tetapi UMNO telah menyebabkan Tok Kadiaq dikenali dan jadi TERSANGAT KAYA.

Bila sudah terlalu kaya, Tok Kadiaq buat cerita pula untuk kelihatan bersih dan suci. Padahal semua orang tahu, Tok Kadiaq sedang bermasalah untuk mengekalkan harta-hartanya di Selangor kalau tidak dapat bantuan Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim.

Sudah ada desakan agar Tok Kadiaq melepaskan keahliannya dalam UMNO dan berterus-terang tentang hala tujunya kepada Anwar Ibrahim. Tidak ada maknanya, Tok Kadiaq berada dalam UMNO lagi kalau perangai Tok Kadiaq hanyalah pecacai Anwar Ibrahim dengan suara dan kenyataan yang membodohkan dirinya!!!

Yang kesian ialah ADIK-ADIK TOK KADIAQ yang sedang bergelut dalam politik UMNO dan Malaysia!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template