GEORGETOWN – Enam wanita warga China yang dipercayai menawarkan perkhidmatan seks ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah apartmen mewah di Bukit Dumbar di sini awal pagi semalam.
Operasi dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira jam 12.15 pagi adalah hasil daripada maklumat orang awam dan intipan selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pemeriksaan yang dilakukan di beberapa bilik apartmen berkenaan menemui pelbagai barangan yang disyaki untuk tujuan pelacuran.
Beliau berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 23 hingga 29 tahun dan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjadi pelayan seks (GRO) di negara ini.
“Kesemua barang yang dirampas dari apartmen berkenaan dan wanita terbabit dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1959/1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.
Itu berita yang dipetik dari PERAKTODAY.COM.
Sudah menjadi satu trend, di mana-mana sahaja DAP dan PKR berkuasa, maka pelacuran dan judi haram selain pengedaran najis dadah akan menjadi tersangat ketara. Pulau Pinang sendiri semenjak berada di tangan DAP, menjadi hub maksiat dan dadah yang sangat terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.
Barangkali itulah yang dikatakan oleh para pecacai Pakatan Rakyat sebagai kejayaan menarik pelaburan asing ke negeri itu. Memandangkan para pemimpin DAP tidak berkeupayaan untuk menarik pelaburan-pelaburan halal, maka ditarik jugalah pelaburan-pelaburan haram yang melibatkan perdagangan manusia sebagai upaya mengembungkan kantung serta akaun DAP, parti yang memerintah Pulau Pinang.
Disebabkan itulah, mana-mana kawasan yang kuat DAPnya, akan menyaksikan pertambahan 'penduduk' dari kalangan warga asing, terutama sekali wanita yang melacurkan diri.
Anehnya, walaupun pihak berkuasa seringkali menangkap dan menahan pelacur-pelacur warga asing ini, jumlah mereka tidak berkurangan sebaliknya sentiasa bertambah. Seorang ditangkap, yang masuk adalah sepuluh orang. Segerombolan ditangkap, beberapa gerombolan lagi menyusup masuk dan melacurkan diri dengan meriahnya di merata-rata tempat di negara ini.
Secara tidak langsung, timbul satu pertanyaan, seramai-ramai pelacur yang ditangkap itu, adakah mereka ditahan, dihalau keluar atau mereka telah dijamin oleh taukeh-taukeh yang merupakan kroni serta penyumber utama dana ke akaun DAP?



0 comments:
Post a Comment