Monday, March 5, 2012

MEMANDAI-MANDAI PULAK SI MUKHRIZ NI MENGATA KAT PEMIMPIN PAS KEDAH!!!


Mukhriz Mahathir kata, Pakatan Rakyat adalah sebuah entiti yang dipenuhi dengan retorik atau dalam bahasa kasarnya, penuh dengan penipuan semata-mata tetapi apabila mai tang kerja, bukan kerja yang Pakatan duk buat, tapi duk pembohong tak abis-abis.

Contoh yang dibagi oleh Mukhriz adalah di Kedah. Menurut Mukhriz, jawatan Menteri Besar dan portfolio Exco yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin Pakatan langsung tidak berfungsi. Selama empat tahun mereka mentadbir Kedah, tidak ada satu benda pun untuk rakyat yang dilakukan, sebaliknya masing-masing lebih seronok menjaga perut, syahwat dan kantung simpanan!

Memandai-mandai sungguh la Mukhriz duk peleceh PAS Kedah.

Sudah berpuluh tahun PAS duk doktrin para pengikut depa yang kekayaan bukanlah satu tuntutan dalam Islam. Dalam Islam, menurut ajaran PAS, tuntutan yang paling utama adalah mengundi dan menyokong PAS sekalipun pemimpin-pemimpin PAS jenis tongong berdengung.

Cuma yang peliknya, ahli-ahli PAS diajar bahawa kekayaan itu adalah agen kesesatan tetapi para pemimpin PAS sendiri kelihatan sangat mewah dengan pelbagai barangan serta kenderaan yang tidak mampu dibeli oleh para pengikut mereka di kampung-kampung. Itu belum lagi jenis yang main golf dari satu padang ke satu padang di luar negara macam yang dibuat oleh salah seorang Exco Kedah tu.

Mana boleh Mukhriz peleceh pemimpin-pemimpin PAS Kedah... tak baik wooo...

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template