Monday, March 5, 2012

MUDAHNYA AMBIL NAMA ATAS KERJA KERAS ORANG LAIN!!!


Media Pecacai Pakatan begitu bangga menceritakan bagaimana Kedah menerima pelaburan baru yang berjumlah RM4.7 bilion. Kata mereka, pelaburan baru itu membuktikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat juga berkemampuan untuk menarik pelaburan ke negeri masing-masing.

Malanglah bagi mereka yang mudah termakan dengan cerita-cerita liburan seperti itu!

Mukhriz Mahathir sebelum ini merungut, Kedah terlalu mengharapkan Pusat untuk membawa pelaburan ke negeri itu. Dan sememangnya itu dapat dibuktikan menerusi prestasi Kulim Hi-Tech Park yang merudum teruk semenjak Kedah ditadbir oleh PAS. Untuk mengelakkan Kulim Hi-Tech Park daripada terus muflis dan segala operasi ditutup, MITI dan MIDA terpaksa membawa masuk pelaburan ke situ. Sedangkan Kerajaan PAS Kedah pula duduk bergoyang kaki, manakala pembesar-pembesar PAS yang diletakkan untuk menguruskan KHTP, lebih sibuk berjoli sakan di luar negara dengan alasan mereka mencari pelaburan.

Mudah sungguh Kerajaan Pakatan Rakyat. Dari Kedah sehinggalah Pulau Pinang dan Selangor, pelaburan-pelaburan baru yang masuk, langsung tidak membabitkan Kerajaan Pakatan Rakyat, sebaliknya hasil kerja keras Kerajaan Pusat.

Anehnya, pada ketika pemimpin-pemimpin utama Barisan Nasional ke luar negara, terutama sekali Najib Abdul Razak, segala gambaran yang positif diberikan selain insentif yang boleh diterima oleh para pelabur, para pemimpin Pakatan terutama sekali Anwar Ibrahim keluar negara untuk memburuk-burukkan negara dengan harapan, tidak ada pelaburan baru yang masuk dan negara akan menjadi muflis!!!

Apabila ada pelaburan baru di negeri-negeri yang prasarana pelaburannya telah dibangunkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu, cepat-cepat mereka mendabik dada, kononnya hasil kerja merekalah yang memungkinkan pelaburan tersebut masuk ke negeri masing-masing.

Itulah juga yang berlaku di Kedah. Dengan barisan Exco yang lebih banyak berseronok, berfoya-foya dan menghabiskan wang negeri, tiada hasil kerja mereka yang menyenangkan rakyat Kedah. Sekarang apabila ada pelaburan baru, cepat-cepat mereka buat sidang media dan kemudian berbangga-bangga dengan hasil kerja Pusat yang mereka namakan atas diri mereka sendiri!

Macam tu nak jadi Kerajaan Pusat dan menguasai Putrajaya? Negeri pun tak pandai nak jaga dan harapkan orang lain, ada hati nak perintah Malaysia?

Bankraplah Malaysia kalau puak-puak ini berada di Putrajaya!!!


1 comments:

Anonymous said...

Anwar kena mintak maap..gitu juga sekelian pencacai2nya..
Pencacai2nya mereka-cipta citer yg bukan2 utk rakyat percaya..

Minta maap bukan apa..kurang2nya kat sana kurang ler masalah. Ianya utk kebaikan sendiri je.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template