
Wah, bukan main lagi pecacai Pakatan Rakyat memberikan respons apabila Najib meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Kononnya Najib bukan setakat kena minta maaf kepada rakyat Malaysia, tetapi lebih khusus lagi kepada rakyat Kelantan kerana menuduh negeri Kelantan sebagai negeri termiskin di Malaysia.
Kesian sungguhlah pecacai Pakatan Rakyat dan penjilat Anwar itu. Mungkin kerana dia orang Kelantan, maka egonya terlalu besar sehingga sukar untuk dia mengakui bahawa negerinya itu memang negeri miskin. Kalau tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat dari segenap segi sehinggalah peruntukan operasi negeri pun datang dari Pusat, Kelantan sudah lama jadi negeri petaka.
Ada pecacai yang bersembang besar tentang kehebatan rakyat Kelantan menggunakan pesawat udara untuk pulang ke kampung mereka di Kelantan. Anehnya, tidak pula melihat bagaimana rakyat Kelantan terpaksa keluar dari Kelantan dan bekerja di negeri lain, kemudian pulang dengan pesawat. Kalau berterusan mereka bekerja di Kelantan, jangankan naik pesawat, ke lapangan terbang pun mungkin dianggap sebagai satu perkara mewah.
Rakyat Kelantan ada di mana-mana, terutama sekali di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO. Selangor yang sekarang ini ditadbir dan diuruskan oleh Pakatan Rakyat, sudah lama menjadi sarang orang Kelantan. Begitu juga dengan Johor, Melaka dan Pahang.
Lebih menarik lagi ialah bila Kelantan dikatakan telah dianiayai oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pusat yang menjadi anggota kerajaan. Kelantan seringkali digambarkan sebagai sebuah negeri yang tidak dibantu dan dijaga oleh Pusat. Malah digambarkan pula sebagai Kelantan terpaksa berdiri sendiri.
Sedangkan hakikatnya, bantuan dari Pusat kepada Kelantan, hilang begitu sahaja. Berbilion-bilion peruntukan yang diberikan kepada Kelantan, hilang lesap bagaikan embun pada tengah hari. Kepincangan tugas selain tidak amanahnya pemimpin-pemimpin Kelantan menyaksikan rakyat menjadi saksi.
Dan terlebih kejam lagi ialah apabila ada pula yang membuat ajaran, kononnya biar miskin harta, jangan miskin iman. Iman yang dimaksudkan ialah sokongan kepada PAS, bukannya ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Islam amat menggalakkan umatnya menjadi kaya raya. Ramai para Sahabat r.a yang kalau mereka hidup pada zaman sekarang, merupakan bilionaire. Contoh yang terdekat adalah Syaidina Uthman Affan r.a dan Abdul Rahman bin Auf r.a.
Tapi kalau ikut ajaran PAS yang bertok gurukan Nik Aziz, kekayaan adalah mendekatkan diri kepada kesesatan.
Anehnya, PAS jugalah yang mengamalkan budaya meminta sedekah dengan Tabung Unit Amal. Mengemis dan meminta sedekah merupakan budaya para pemimpin PAS yang tidak boleh dilekangkan. Setiap orang pemimpin PAS, pastinya akan menadah tangan kalau tidak pun menadah tempurung untuk mendapat sedekah dari ahli dengan alasan DANA PILIHANRAYA dan dana seribu satu macam lagi.
Paling penting, Najib didesak meminta maaf kepada rakyat Kelantan. Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang dosanya cukup banyak dengan rakyat Malaysia, terutama dalam menimbulkan huru-hara, kekacauan dan memecah belah? Bila pula Anwar Ibrahim nak minta maaf kepada rakyat Malaysia?
Itulah masalahnya pecacai Pakatan... kalau tang orang lain, nampak jelas, tetapi bila tang Anwar Ibrahim, pandai pula mereka mencipta pelbagai cerita dongeng untuk membuktikan yang Anwar Ibrahim teraniaya dan terzalimi!!!
BODOH PUNYA PECACAI!!!


0 comments:
Post a Comment