
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
(al-Bukhari)
________________________________
Kerajaan telah memberi BR1M sebanyak RM 500 pada mereka yg isi rumah berpendapatan rendah yakni dibawah RM3,000.
Macam2 gak kisahnya...pihak penyokong pembangkang tetap brbaris untuk dapatkannya walaupun bermacam2 dakwaan. Kabornya "rasuah politik", wang haram, hak mereka yg selama ni dirompak oleh UMNO, meniru Buku Jingga, meniru kebajikan yg dilakukan oleh PAKATAN pada negeri yg diperintah mereka, dan ada gak kabor tu ler faedahnya PAKATAN ada kuasa yakni kerajaan merasa tertekan dan menangi hati rakyat..apa pun dakwaan dan tomahan ianya adalah satu kebaikan dan ianya tak dapat dinafikan. Rakyat dapat imbuhan ni kerana hasil desakan PAKATAN, kabornya.
Dengan lain perkataan jika PAKATAN berterusan diberi sokongan maka banyak lagi faedah yg rakyat akan perolehi..bunyi macam betul.
Tapi...malangnya faedah tersebut datang dari BN, bukannya dari PAKATAN. BN yg memberi, BN yg kurangkan/hapuskan tol, BN yg bagi wang pada pelajar2 IPT, BN juga yg beri macam2 bantuan pada sekolah2 aliran cina dan tamil..bukannya PAKATAN. PAKATAN hanya mampu bermain wayang dan mendabik dada bahawa tu adalah kejayaan mereka. Ni adalah hakikat, suka atau tidak..tu ler hakikatnya.
Tapi dari PAKATAN sendiri apa yg telah dibantu? apa kebajikan yg rakyat telah perolehi..diSelangor ada ler sikit pasal air tu. Tapi BN telah luaskan seluruh negara ngan subsidi tenaga letrik.
Tapi, lagi sekali kita bertanya, apakah kebajikan ni semata2 kerana PAKATAN dapat kuasa? Hasil desakan PAKATAN? PAKATAN seolah2 berjaya memainkan peranannya malah penyokong2nya dan rakyat secara umumnya percaya, bahwa kebaikan yg diperolehi adalah kerana PAKATAN walaupun ianya datang dari BN.
Jika direnung kembali...pertama Najib memang sedemikian, tiap kementerian yg dijagainya selalunya mendapat perubahan dari segi kenaikan gaji atau bertambahnya faedah2..
Kedua..apakah selama ni BN tidak pernah memberi? Sebenarnya banyak sekali..tapi mereka yg mendapat imbuhan tidak bercakap bahwa apa yg diperolehi adalah dari kerajaan BN..kerana terlalu biasa menerima, mereka rasa tu adalah hak mereka dan tanggungjawab kerajaan. Ada yg mendapat secara terus ada yg mendapat secara tidak terus yakni indirect.
Pelajar2 berpendapatan rendah mendapat buku bantuan teks (hari ini semua pelajar tidak berkecuali), dapat bersekolah sekolah berasrama penuh, dapat tanah utk diterokai, dapat kemudahan belajar diluar negara dan ditanggung 100%, kemudahan membeli rumah dan hartanah2, kemudahan utk berniaga dan macam2 lagi khususnya org2 Melayu sehingga dicemburui oleh bangsa2 lain.
Jika kita kabor kerajaan BN tidak berhemah dan tak pandai urus tadbir negara dan negeri..maka kita tak sepatutnya dikejutkan ngan kenaikan cukai dinegeri2 pembangkang yakni PAKATAN yg gitu mendadak ngan alasan cukai tidak dinilaikan selama berpuluh2 tahun, sewa yg tak dinilaikan kembali brpuluh2 tahun. PAKATAN ngan segera menilaikan semula..dari mana BN mendapatkan kekuatan mentadbir selama ni tanpa menaikkan cukai2 pintu, tanah dan sewa? Apakah BN tak tahu menilai semula, bukankah ni satu kebajikan BN pada rakyat?
Tuduhan BN/UMNO merompak kekayaan negara, membolot..ni adalah keterlaluan. Mungkin ada berlaku 1,atau 2 kes..tapi ngan meletakkan seolah2 BN/UMNO secara pukal, tu tidaklah adil.
Rakyat jika benar telah matang..tidak perlu fikir apa yg berlaku sekarang tapi perlu imbas keadaan negara sejak merdeka sehingga hari ini dan bandingkan ngan negara2 jiran dan negara2 lain.
PAKATAN tidak perlu asyik mengaku semuanya adalah dari usaha mereka..dan rakyat tak perlu mudah percaya. Dari asyik mengaku yg bukan kerja mereka, baik mereka benar2 laksanakan lebih banyak kebajikan pada rakyat negeri2 yg ditadbir oleh PAKATAN sehingga rakyat negeri2 lain menjadi cemburu..maklum ler dari gemba gemburnya, PAKATAN lebih cekap mentadbir dan tiada berlaku keteresan.
Lembu punya susu, sapi yg dapat nama...
Rakyat jika benar matang...jadikanlah BR1M satu titik perubahan pada diri mereka sendiri yakni yg mana ada sedikit lebih rezkinya mula juga memberi..jadikan budaya "tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah"
Mudah2an jurang perbezaan diantara masyarakat bertambah rapat yakni jurang berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi. Jgn risau, kononnya, jika terlalu banyak memberi kelak golongan berpendapatan rendah ni nanti jadi malas dan manja. Beri saja ler..
Khususnya dari kalangan keluarga kita sendiri..jgnlah ada jurang perbezaan yg besor.
Mereka yg mohon BR1M ditolak kerana keta...mungkin keta dulu dibeli ketika ada duit lebih, tapi sekarang ni mungkin sesak..mungkin kerana telah diberhentikan kerja atau kehilangan sumber pendapatan tetap. Tapi tak pa ler..mungkin dah bukan rezeki!!
Yg menerima pula berazam ler..agar tidak termasuk lagi dan lagi dalam golongan "tangan yg dibawah" ..berusahalah agar menjadi golongan "tangan diatas" pula...maklum ler rakyat Malaysia dah matang..
-aa


0 comments:
Post a Comment