Friday, March 2, 2012

PENCACAI PAKATAN HINA HAKIM DAN MAHKAMAH MALAYSIA!!!


Sebuah blog yang dipercayai milik pecacai Pakatan Rakyat baru muncul beberapa hari lepas di persada Internet. Tuduhan yang dilemparkan amat berat memandangkan ia berkaitan dengan sistem keadilan atau sistem mahkamah di Malaysia.

Antara lain, blog berkenaan menuduh ada hakim yang makan rasuah dan keputusan hakim berkenaan boleh dibeli.
Bagi memudahkan kerjanya, Razak Mohd Noor telah ke Mahkamah TInggi dan berpakat dengan Anantham Kasinaver yang diketahui bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Biarpun pada masa yang sama, Razak juga berhadapan dengan tuduhan menipu dan disaman oleh pemegang saham Magik, dengan mengupah Vazir Alam, seorang lagi Judicial Commissioner yang juga merupakan kawan baik Anantham, Razak langsung tidak berhadapan dengan masalah.

Semasa perbicaraan, Razak didapati menipu berulang-ulang kali. Terdapat banyak bukti jelas yang menyebelahi Magik, termasuklah LAPORAN AUDIT GRANT THORNTON yang menunjukkan Razak telah menggunakan duit syarikat untuk kepentingan diri tanpa pengetahuan pemegang saham.

Anantham yang telah menerima bayaran daripada Razak, membiarkan fakta berkenaan. Bahkan semasa Razak mengaku telah menandantangani surat dan perjanjian, ayat paling bodoh yang keluar dari mulut Razak iaitu, 'SAYA BUKAN PEGUAM, DAN SAYA TIDAK FAHAM APA YANG SAYA TANDATANGANI', tidak langsung diberikan perhatian oleh Anantham. (BACA SETERUSNYA DI SINI)
Tuduhan yang dilemparkan amat berat, apatah lagi ia membabitkan kredibiliti sistem mahkamah di Malaysia. Dengan segala butiran yang diberikan kelihatan amat meyakinkan, seharusnya sesuatu perlu dilakukan oleh pihak terbabit bagi meminimakan kerosakan yang ditimbulkan oleh pemilik blog berkenaan.

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template