Friday, March 2, 2012

PENYOKONG DAP GANGGU MAJLIS, DIKATAKAN NOH OMAR YANG SAMSENG!!!


Malaysiakini merupakan portal yang paling lawak bila bab memutarbelit berita. Lain yang berlaku lain pula yang mereka laporkan. Namun para pecacai Pakatan tetap menyanjung berita yang disiarkan oleh portal berkenaan selagi mana berita berkenaan dilihat dapat menaikkan imej mereka atau mereka dilihat sebagai pihak yang dianiayai atau dikejami oleh UMNO-BN.

Bayangkanlah seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang sebelum ini MENGHINA dan MENCERCA kakitangan Melayu Majlis Perbandaran Kajang dalam rakaman video, menuduh Noh Omar mengasarinya kerana dia datang ke majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak.

Lee Kin Hiong yang diketahui amat membenci orang Melayu dan kakitangan Melayu di MPKj yang disifatkannya sebagai LEMBAB dan PEMALAS, datang ke majlis tersebut tanpa adab dan samseng selain menceroboh majlis BN tetapi BN pula yang dipersalahkan. (BACA DI SINI)

Apa yang berlaku ialah, Lee Kin Hiong bersama-sama para pengikutnya yang berbaju hijau anti-Lynas datang ke majlis tersebut bertujuan membuat kecoh dan mensabotaj majlis. Kekecohan berlaku apabila hingar bingar yang dilakukan oleh Lee Kin Hiong dan para pengikutnya yang berjumlah 30 orang, menarik perhatian orang ramai.

Bimbang masalah yang lebih besar akan timbul dan kemudian dipergunakan oleh Lee Kin Hiong yang merupakan pemimpin DAP Kajang yang chauvinist, hadirin cuba menyuraikan mereka. Tetapi ternyata, cubaan orang ramai telah membuatkan Lee Kin Hiong naik syeh dan terus berusaha mencetuskan rusuhan dan kekecohan.

Pada ketika keadaan semakin tidak terkawal, Noh Omar muncul dan cuba menenangkan keadaan. Tiada kata-kata kesat yang dilemparkan sebagaimana dakwaan Cina DAP yang bernama Lee Kin Hiong dalam Malaysiakini. Sebaliknya dengan penuh sopan dan berhemah, Noh Omar menasihati Lee Kin Hiong agar tidak menimbulkan kekecohan.

Ternyata Lee Kin Hiong bukan jenis manusia yang faham Bahasa Melayu sekalipun mempunyai kad pengenalan biru yang menunjukkan dia adalah warganegara. Tahap penguasaan dan pemahaman Bahasa Melayunya, jauh lebih teruk daripada warga China yang baru sampai ke Malaysia!!!

Dan akhirnya muncullah sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini!

Secara nyata, Lee Kin Hiong dan DAP adalah pembohong besar. Besar kemungkinan mereka seringkali salah faham kerana penguasaan Bahasa Kebangsaan yang teramat-amat lemah, ditambah pula dengan sikap chauvinist mereka yang amat keterlaluan, menjadikan nasihat yang diberikan kepada mereka, dianggap sebagai satu provokasi memandangkan mereka memang cuba melakukan provokasi di majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

Itulah sikap DAP sepertimana yang ditunjukkan oleh Lee Kin Hiong. Dia dan para pengikutnya yang buat onar dan ulah, orang lain yang cuba diprovokasi pula dituduh mengasari mereka!!!

1 comments:

anti bohmau on March 2, 2012 12:02 PM said...

Ya Allah! selamatkanlah bumi ini dari mrk yg durjana!

perangai cina dap ni memang biadap! nak bertandang tp tak tau adat lansung! elok dicekautunjai2 sj muka ketua kurus kelepek yg bawa anakbuah tiga sukunya tu!! bangang tak habis2!!

puak2 dap ni sama sj kemana pun mrk pergi...biaDAP!!!

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template