Tuesday, March 6, 2012

PHAHROLRAZI ZAWAWI MAKIN MELAMPAU!!!


Masalah kepimpinan di Kedah masih tidak selesai walaupun para pecacai PAS dan Pakatan sedang berusaha untuk cover-up cerita sebenar. Azizan Abdul Razak atau OSTAT KITA telah kehilangan kuasa selaku Menteri Besar Kedah sebaliknya jawatan Menteri Besar Kedah yang disandangnya hanyalah satu gelaran semata-mata tanpa sebarang kuasa.

Kuasa Menteri Besar Kedah telah dipindahkan kepada Jawatankuasa Pemandu yang dilantik dari kalangan ANWARINAS PAS Pusat. Sebarang keputusan yang hendak dibuat, perlukan KELULUSAN dari PAS Pusat!!!

Laporan yang dibuat oleh KEDAHAN69ERS.COM membuktikan segala macam rombongan yang dihantar oleh PAS Pusat ke Kedah untuk mendamaikan kepimpinan PAS Kedah yang berkecamuk, tidak berkesan. Bahkan ianya semakin meruncing dengan puak-puak OSTAT KITA pula akan mencari jalan untuk membalas dendam lepas ni!

Yang menimbulkan tanda tanya ialah, mengapa PAS Pusat beria-ia ingin mengorbankan Azizan Abdul Razak dan bukannya Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh? Apakah kerana Phahrolrazi Zawawi pegang rahsia Azizan Abdul Razak, maka Jawatankuasa Pemandu ditubuhkan dan kuasa Menteri Besar terpaksa disekat?

Atau barangkali kerana kaum PARASIT melihat RM600 juta yang menurut mereka, merupakan bahagian yang perlu diberikan kepada PAS Kedah, bukannya untuk kegunaan rakyat Kedah, maka bersungguh-sungguhlah PARASIT berkenaan cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak?

Phahrolrazi Zawawi telah membangkitkan perasaan tidak puas hatinya berhubung projek penyelenggaran jalan raya bernilai RM600 juta yang tidak diberikan kepada orang PAS oleh Azizan Abdul Razak.

Dah makin jelas dan makin ketara betapa KURANG AJAR dan BIADAPNYA Phahrolrazi Zawawi kepada kepimpinan PAS Pusat walaupun PAS terus melagukan dan mendendangkan wala' dan tsiqah. Anehnya puak-puak yang sibuk mempromosikan ajaran wala' dan tsiqah dalam PAS, bersetuju dan menyokong Phahrolrazi pulak!!!


1 comments:

Saya Fikir said...

apa kata encik jangan membuat fitnah atau tuduhan melulu tanpa fakta yg betul lagi tepat, encik cuma permerhati dan sebetulnya encik tak tau apa sebenarnya yg terjadi, berhenti mengelirukam rakyat sekiranya encik mahu keadilan yg saksama. dlm apa jua persatuan, kumpulan, komuniti, apatah lg sebuah parti politik dan badan kerajaan, pasti akan ada mslh klu x kecil, besar. cara menangani dan pengajaran yg diperolehi lebih penting dr memprovokasi sesama sendiri. harap encik menjaga tutur kata dan minda encik dr menjadi penyebar fitnah dan propa yg tidak perlu.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template