Monday, March 5, 2012

SALAH POLIS SEBAB TANGKAP MASA TENGAH BERCIUM DENGAN BOYFRIEND DI TEMPAT AWAM!!!


Penyakit LGBT memang sudah teruk melanda negara ini. Sudah terlalu ramai yang berasakan mereka ada hak untuk berbuat apa-apa sahaja, hatta melakukan hubungan seks di tempat awam tanpa perlu tertakluk kepada undang-undang. Kalau mereka ditangkap, mereka akan segera menyalahkan pihak berkuasa.

Itu yang cuba dipromosikan oleh salah satu portal di Malaysia. Portal The Nut Graph menyiarkan pengakuan dan tuduhan seorang penulis bebas bernama Nabila Nasir yang mukanya turut terpampang, tentang peristiwa dia ditangkap khalwat bersama-sama teman lelakinya yang berbangsa Cina.

Marah sungguh dia kerana dia ditangkap berkhalwat, sehinggakan dia berkata, dia tahu haknya.

Hak apa yang ada pada penulis bebas itu apabila berkucupan dengan teman lelakinya di tepi jalan? Hebat sangatkah dia kerana dia seorang penulis bebas dan perkataan 'bebas' itu cuba merangkumi semua perkara?

Tanpa rasa malu dan tanpa rasa segan, dia menganggap tindakannya bercium dengan teman lelakinya sebagai hak seorang manusia. Sedangkan secara jelas, memang terdapat undang-undang di negara ini dan setiap rakyat Malaysia tertakluk dengan undang-undang.

Dan yang menariknya, dia pula menuduh polis yang menangkapnya sebagai penagih rasuah. Bangga benar dia bercerita, bagaimana dia melawan pihak berkuasa sehinggakan RM500 yang diberikan untuk settle kes pun diungkit memandangkan dia dan teman lelakinya tidak menerima sebarang resit menyatakan pemberian RM500 itu.

Hebat! Hebat!

Inilah golongan bebas seks yang beranggapan di Malaysia, sesiapa sahaja yang memandang jijik pada perlakuan tersebut, sebagai jumud, beku dan tidak terbuka. Manakala golongan yang boleh mempamerkan kecenderungan seksual mereka di khalayak ramai sebagai orang yang hebat, moden, terbuka dan sangat canggih seperti penulis bebas itu!!!

Dia nak khabarkan kepada awam bahawa tahap rasuah sangat teruk, tetapi pada masa yang sama, dia juga ingin mengkhabarkan bahawa Malaysia masih lagi mengamalkan dasar tertutup kerana tidak membenarkan dia bercium dengan teman lelakinya di tepi jalan!!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template