iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, March 9, 2012

SELCAT PATUT SAPINA NOH OMAR!!!

Friday, March 9, 2012
Pelik sungguhlah keadaan di Selangor yang serba maju dan kepimpinan negerinya yang sangat kuat menipu!

Ketika MP Kapar buat tuduhan terhadap skandal pasir di Selangor, kelam-kabut SELCAT hantar sapina meminta MP Kapar menghadap mereka untuk memberikan keterangan. Tetapi apabila Noh Omar mendakwa wujudnya beberapa skandal dan penyelewengan, SELCAT langsung tidak bertelur untuk menghantar sapina kepada Noh Omar.

Sebaliknya Khalid Ibrahim dan pecacai Pakatan Rakyat duk bising kononnya Noh Omar takut dan tidak ada bukti untuk menyokong dakwaannya.

Mengapa agaknya SELCAT tidak mahu menghantar sapina kepada Noh Omar? Mengapa agaknya SELCAT tidak mengarahkan Noh Omar menghadap mereka untuk memberikan keterangan berhubung dakwaannya sedangkan SELCAT mempunyai dua pilihan tersebut untuk membolehkan Noh Omar DIMALUKAN secara lebih realistik?

Sebaliknya mengapa pula Khalid Ibrahim lebih gemar menyalak di luar gelanggang dan tidak mengikut prosedur yang Pakatan Rakyat sendiri susun menerusi SELCAT?

Yang kesiannya, para pecacai Pakatan Rakyat yang tongong-tongong dan tidak tahu apa-apa, tetapi berlagak macam tahu banyak benda... melalak mengikut nada tuan besar mereka. Kan ke lebih elok kalau para pecacai Pakatan Rakyat mendesak agar SELCAT hantar sapina kepada Noh Omar.

Lagipun, takkanlah Noh Omar nak terjah ke DUN Selangor sedangkan dia adalah Ahli Parlimen... ini bukan kedai kopi atau bilik di kondominium yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk meliwat mangsanya!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels