Dah boleh agak, Pakatan Selangor akan menggunakan SELCAT untuk membersihkan ADUN Batu Caves daripada tuduhan skandal pasir sekalipun tertera jelas PERINTAH dan TANDATANGANnya pada surat Double Dignity selain kepentingannya dalam syarikat berkenaan.
Amiruddin Shaari cuba nafi yang dia menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan projek tender perlombongan pasir di Selangor. Katanya lagi, dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) yang mana kepala utamanya adalah saudara lelaki Menteri Besar Selangor sendiri!
Pandai betul pemimpin-pemimpin Pakatan bekerjasama untuk menghilangkan hubungan Double Dignity dengan KSSB. Hebat betul pusing cerita kononnya Double Dignity asalnya berniaga perladangan di Sabah. Dan yang paling penting, Amiruddin Shaari sendiri terlalu hebat MENGKAMBINGHITAMKAN satu watak bernama ADNAN dalam Double Dignity.
Menariknya, SELCAT yang telah memanggil Amiruddin Shaari sekadar menjalan proses 'pembersihan' dengan kerja-kerja auditing antarabangsa yang dibanggakan oleh Pakatan sebenarnya diketahui telah mengalami 'perubahan' apabila berada di tangan pemimpin Pakatan Rakyat.
Skandal pasir di Selangor sebenarnya sangat mendalam dan dipenuhi skandal gelap tetapi kebijaksanaan Pakatan Rakyat yang menggunakan kemahiran ilmu perakaunan dan pengauditan selain kepakaran mencari lompang dalam perundangan, dan tidak terkecuali juga masalah suap-menyuap, menyebabkan mereka terlepas begitu sahaja daripada tindakan undang-undang.
Malahan kesepaduan Pakatan Rakyat dengan Shuhaimi Shafie sendiri memberitahu yang UMNO tidak mempunyai sebarang bukti, selain merancang untuk memalukan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, walhal dia sendiri terlibat dalam skandal pasir di seluruh Selangor, nyata amat ketara.
Menariknya, SPRM dalam hal ini kelihatan SANGAT TAKUT dengan Pakatan Rakyat. Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh mana-mana individu Pakatan, akan menyebabkan SPRM terpaksa mengambil masa yang sungguh lama untuk menyiasat dan kemudian membuat pengisytiharan bahawa SIASATAN MASIH DIJALANKAN.
Berbeza pula sekiranya individu tersebut adalah dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional. SPRM akan cepat mendapat bukti, mendakwa individu terbabit dan kemudian mahkamah mendapatinya bersalah.
Para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri sebenarnya terlalu takut untuk berhadapan dengan undang-undang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kuasa media untuk membuat penafian dan seterusnya mencanangkan bahawa segala pendedahan tersebut adalah kerja-kerja UMNO.
Dan seperti yang sedia maklum, SELCAT yang ditubuhkan oleh Pakatan Rakyat dengan seorang Ahli Undangan UMNO menjadi ahlinya, hanyalah sebuah badan yang ditubuhkan untuk melindungi segala kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat. Sepanjang penubuhan SELCAT, sudah berapa ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang kaya tiba-tiba dan dengan sumber yang penuh meragukan seperti Shuhaimi Shafie sendiri, yang telah didakwa oleh SELCAT dan dihadapkan ke mahkamah?
Tidak ada langsung!!!
Maka secara tidak langsung, pembelaan diri Amiruddin Shaari dan Shuhaimi Shafie daripada skandal pasir yang kemudiannya 'dibersihkan' oleh SELCAT, sebenarnya tidak bermakna langsung. Selagi mereka ini tidak dibawa masuk ke mahkamah dan memberi keterangan di mahkamah, selagi itulah, setiap tutur kata mereka tidak ada sebarang erti.
Masalahnya, berani ke Amiruddin Shaari dan Shuhaimi Shafie yang mempunyai kepentingan dalam Double Dignity dan KSSB masuk mahkamah?


0 comments:
Post a Comment