1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, March 24, 2012

TAKKAN PAS BERSEKONGKOL DENGAN GUAN ENG JUAL MASJID?

Saturday, March 24, 2012

Lim Guan Eng terus menyepikan diri. Langsung tak berani menjawab dan langsung tak berani bersuara. Sebaliknya bapa Guan Eng, Kit Siang terpaksa mengalihkan isu yang sedang hangat di Pulau Pinang kepada isu 13 Mei 1969 dengan membuat penafian pembabitannya dalam tragedi berdarah itu.

Pendedahan tentang semua tapak masjid dan sekolah agama dikategorikan sebagai rumah ibadat yang kemudian diletakkan di bawah CMI (Chief Minister Incorporated), atau lebih tepat lagi di bawah kekuasaan dan perintah langsung Lim Guan Eng, sememangnya merupakan sesuatu yang sangat menjejaskan dalam usaha DAP dan Lim Guan Eng secara langsung untuk menghapuskan hak istimewa Islam dan umat Islam di negara ini khususnya di Pulau Pinang.

Pulau Pinang merupakan antara negeri yang tidak bersultan. Justeru Ketua Agama Islam di Pulau Pinang adalah DYMM Yang Dipertuan Agong. Setiap urusan agama Islam, termasuklah masjid, surau dan sekolah agama tertakluk di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang diketuai oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Tindakan memasukkan masjid, surau dan sekolah agama dalam status rumah ibadat yang kemudian dijajah oleh Guan Eng sebenarnya menunjukkan dengan jelas NIAT GUAN ENG MEMERANGI YANG DIPERTUAN AGONG. Guan Eng ingin menunjukkan kepada semua rakyat Malaysia bagaimana dia begitu berkuasa dan boleh berbuat sekehendak hatinya.

BLOGGER EMPAYAR PEMUDA pula melaporkan tentang kecaman oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang terhadap Guan Eng yang telah menjual tapak masjid kepada pemaju.

Menariknya dalam hal ini, tidak kedengaran langsung suara dari kalangan pemimpin PAS yang sebelum ini seringkali menampilkan diri mereka sebagai pejuang dan pembela masjid sekalipun masjid yang dibina tanpa kelulusan hanya bersifat memecah belahkan umat Islam sepertimana laporan yang menyatakan setiap hari Jumaat, sekurang-kurangnya terdapat 11 solat Jumaat dua imam di seluruh Terengganu terutama sekali yang membabitkan kawasan tegar PAS.

Mungkin tidak menghairankan sekiranya PAS terus membisu dan buat-buat buta serta tuli memandangkan Guan Eng adalah geng mereka sekarang walaupun mungkin ada kalangan ahli PAS yang semakin dapat melihat punca sebenar Guan Eng memberikan puji-pujian melampau terhadap PAS.

Bukankah perangai itu dilakukan dan diamalkan dengan meluas oleh Zionis dengan si bodoh yang terlalu mengharapkan pujian dari kaum berkenaan akan mudah kembang jubur dan menutup mulut daripada sebarang kecelakaan yang mereka yang lakukan terhadap umat Islam.

0 comments:

Blog Archive

Labels