IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, April 12, 2012

AKAI ADA KA? DOKTOR PALSU UBATI BARAH DENGAN HISAP NENEN PESAKIT!!!

Thursday, April 12, 2012
Seorang doktor palsu yang telah mendakwa boleh mengubati penyakit barah pesakitnya dengan membogelkannya dan menggunankan mesin kejutan elektrik telah dihukum penjara 8 tahun.
"Doktor palsu" yang berkerusi roda, Reginald Gill, 77 tahun, dan isterinya Leila, 35 tahun, di dapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap dua wanita yang cuba mendapatkan rawatan alternatif dari rumah mereka.

Gill memberitahu salah seorang dari wanita yang menjadi mangsa tersebut, penyakit barah yang dialaminya boleh diubati dengan cara menghisap payudara.

Hanya selepas itu, doktor sebenar mendapati kedua-dua wanita tersebut tidak menghidapi apa-apa penyakit pun.

Gill dari Cwmduad, Barat Wales, juga didapati bersalah kerana mendakwa dirinya adalah doktor Tentera British.

Mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas beliau di atas kesalahan melakukan tiga serangan seksual, enam serangan dan dua penipuan. Isterinya pula dijatuhkan hukuman enam bulan penjara atas serangan seksual dan penipuan di Mahkamah Tinggi Swansea.

Pendakwaraya, Huw Rees berkata, pasangan tersebut menggunakan rawatan palsu untuk kepuasan seksual mereka.

ULASAN TFK:

Itu cerita yang membabitkan 'human interest' ler...

Sebenarnya cerita-cerita manusia palsu ini ada di mana-mana. Di Malaysia, cerita-cerita sebegini sudah menjadi cerita-cerita biasa. Doktor palsu, bomoh palsu, guru palsu, Pengerusi Dong Zong berijazah palsu, malah janji-janji palsu seorang Anugerah Tuhan palsu.

Dalam masa yang terdekat ini, ada acara yang membabitkan PERJUANGAN PALSU. Anti Lynas merupakan ketakutan palsu terhadap alam sekitar dan masalah kesihatan, memandangkan telah terbukti Lynas bukanlah ancaman kepada penduduk di Gebeng. Malahan, kilang yang sama dengan jenama Shin Et Su berada di Shah Alam dan para pejuang palsu itu tidak sedikit pun bising-bising mahupun tunjuk perasaan. Bahkan Lim Guan Eng di Pulau Pinang pun tidak kata apa-apa dengan kilang yang serupa di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Penghapusan PTPTN oleh bekas Pemangku Perdana Menteri pada tahun 1997 setelah dia sendiri yang bersungguh-sungguh ketika penubuhan PTPTN, sedang giat dijalankan. Janji-janji palsu kononnya PTPTN perlu dihapuskan sebaliknya ditukar menjadi biasiswa kelihatan sangat menarik. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor yang memiliki UNISEL serta beberapa institusi pengajian tinggi yang lain, tidak pula berani menggunakan duit sendiri untuk ditukarkan menjadi biasiswa menggantikan PTPTN atau PTPTN itu dijadikan 'anak angkat' oleh Kerajaan Negeri Selangor atau Pulau Pinang sebelum dikreditkan sebagai biasiswa.

Yang paling terkesan dan paling menarik ialah janji-janji palsu JANJI 100 HARI PAKATAN dan BUKU JINGGA. Setiap janji-janji palsu di dalam Janji 100 hari dan Buku Jingga, tidak ubah seperti golongan tidak cukup akal bercerita tentang alam falsafah dan penyelesaian kalkulus.

The Sun.

0 comments:

Blog Archive

Labels