IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, April 5, 2012

APA KENA DENGAN HUSAM, DENGAN AZIZ DESA PUN DIA GADUH!!!

Thursday, April 5, 2012
Sebab Aziz Desa pecah lubang hutang tak berbayar, Husam Musa melompat sakan dan segera menyerang Aziz Desa dengan garangnya. Bukan kerana Aziz Desa tersalah cakap, tetapi kerana Husam Musa malu, hutang dengan Kelantan Trade Centre oleh Kerajaan Negeri Kelantan tidak cuba dijelaskan atau buat-buat tak tahu dengan harapan Kelantan Trade Centre akan menghalalkannya.

BACA KICKDEFELLA

Itulah Husam Musa!

Dari sehari ke sehari, nampaknya Husam Musa macam dah terkena badi. Dia meroyan dalam segala hal.

Perang Aziz dan Husam tentu tidak akan reda dengan segera. Husam seorang yang pendendam dan ‘bongoh’ kata orang Kelantan bahkan seorang yang bangga dengan kesamsengannya. Husam sendiri pernah menceritakan kepada saya bagaimana dia menyerang seorang rakan kongsi Nik Abduh di Hotel Perdana sewaktu Husam masih Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. Husam
mengaku mencakar muka lelaki tersebut yang kini merupakan orang kanan UMNO Bachok.

Husam juga diceritakan pernah memulas tangan Mohamed Sabu sehingga terpaksa mencari tukang urut kerana Mat Sabu didakwa berkata ‘huduh’ terhadap ayahnya.

Apapun pertelingkahan antara Aziz dan Husam, harap dapat diselesaikan secara Islam. Aziz juga perlu menggesa Kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan hutangnya secara Islam termasuklah hutang-hutang kepada Kerajaan Persekutuan seperti carta dibawah. Aziz juga perlu banyak ingatkan pimpinan PAS Kelantan ‘Cermin-cerminkan diri anda!”. (SUMBER)

Maklumat terbaru pula mengatakan, Husam Musa tidak berani bertanding di Parlimen. Sebaliknya dia berkeras hendak bertanding di DUN. Selain tidak yakin dia boleh menang di Parlimen, Husam Musa tetap mengintai jawatan Menteri Besar Kelantan atau sekurang-kurangnya kuasa di Kelantan yang membolehkan dia menjadi salah seorang yang terkaya di negeri itu dengan kebijaksanaan menyembunyikan segala kejalangannya.

Apakah Husam Musa sudah mula menunjukkan sindrom ketidakwarasan ekoran KEHARAMAN DUIT-DUIT SONGLAP menerusi projek-projek yang menggunakan dana rakyat Kelantan tetapi akhirnya masuk ke koceknya sendiri?

Atau Husam Musa sedang dihambat dosa-dosa silam kerana terlalu kuat bohong dan mentekadaghah air mata serta darah rakyat Kelantan yang telah dianiayainya?

0 comments:

Blog Archive

Labels