IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Friday, April 20, 2012

ASET MANA HENDAK DIJUAL YANG SEBABKAN PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR?!!

Friday, April 20, 2012

Belum pernah berlaku dalam sejarah negeri-negeri di seluruh Malaysia penjualan aset-aset milik negeri dilakukan secara besar-besaran berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Dari tanah, bangunan sehinggalah hutang syarikat lain yang dimiliknegerikan, Selangor di bawah pentadbiran PKR jadi juara sebagai penjual. Sehinggakan asrama anak-anak yatim di Sepang pun dijual kepada kroni, tanah untuk pembangunan pendidikan diserahkan kepada syarikat kroni, tanah yang telah diusahakan oleh penduduk dan berstatus TOL dirampas bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan pasir, bangunan-bangunan serta aset Yayasan Selangor, PKNS serta beberapa entiti negeri pula dijadikan seperti harta pusaka peninggalan tok moyang Khalid Ibrahim dan Teresa Kok dengan sesuka hati mereka dilupuskan.

Trend rompakan yang dilakukan oleh puak-puak PKR sehingga menyebabkan kepimpinan PAS yang dahulunya zuhud turut meninggalkan Bukit Uhud untuk merampas ghanimah, dilihat menjadi punca sebenar mengapa Anwar Ibrahim yang banyak menggunakan wang perbendaharaan negeri Selangor bagi kepentingan politiknya di luar negara, membuat pengumuman, Selangor akan mengadakan pilihanraya yang berasingan.

Tentu sekali ada transaksi yang dilakukan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh yang terdekat ini. Apakah transaksi yang tersangkut itu melibatkan dua buah bangunan Yayasan Selangor yang terketak di Bukit Bintang? Atau adakah transaksi tanah dan tapak asrama di Kampung Pandan milik Yayasan Selangor gagal untuk diserahkan kepada pembeli yang telah dihalalkan?

Atau ada perkara lain yang cuba dihalalkan oleh PKR di Selangor yang menakutkan mereka lantas Anwar mengambil keputusan untuk tidak mengadakan pilihanraya umumsecara serntak?

Alasan daftar pemilih yang diberikan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan sebenarnya adalah alasan yang sangat remeh. Bukannya tidak boleh dibuat bantahan kalau daftar yang digunakan meragukan. Proses perundangan acapkali diambil apabila ianya meragukan dan kebanyakan kes berjaya diselesaikan oleh mahkamah.

Dengan keterbukaan yang duk ada sekarang terutama sekali dengan daftar pemilih seharusnya Anwar dan Pakatan perlu mencari alasan lain untuk mewajarkan pilihanraya secara berasingan. Namun sesuatu yang sangat pasti, ada pihak yang sangat gembira dengan pengumuman berkenaan kerana apabila dibuat secara berasingan, segala tumpuan dapat diberikan kepada Selangor. Dan pada ketika itu, pastinya pelbagai buruklaku Pakatan sepanjang empat tahunpentadbiran akan dilondeh secara bersepadu dan bertalu-talu!!!

0 comments:

Blog Archive

Labels