1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, April 29, 2012

GAMBAR ANGGOTA POLIS DIBELASAH SAMSENG BERSIH 3.0!!!

Sunday, April 29, 2012
Sekali imbas kita tengok gambar di atas, seolah-olah dua orang perusuh BERSIH 3.0 itu sedang membantu seorang anggota polis yang sedang mengalami kecederaan. Kalau sampai ke tangan jentera propaganda Pakatan Rakyat yang sekarang ini sedang kepeningan nak spin cerita, pastinya mereka akan bersungguh-sungguh mempertahankan angan-angan dan fantasi mereka itu.

Hakikatnya yang berlaku ialah, kedua-dua samseng a.k.a penjenayah tersebut telah menyerang dan membelasah anggota polis malang yang sedang menjalankan tugas itu setelah demonstrasi BERSIH 3.0 yang dirancang akan berlanjutan sehingga 1 Mei gagal dilaksanakan.

Kejadian berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman, lebih kurang jam 5:15 petang semalam.

Jentera-jentera propaganda dan lasykar-lasykar spinning Pakatan Rakyat sedang membuat cerita karut tentang kezaliman dan kekejaman pihak polis terhadap orang awam. Serangan para perusuh dan penjenayah BERSIH 3.0 terhadap anggota polis, mereka terbalikkan dan jadikan, kononnya polis yang menyerang perusuh.

Contoh terbaik, anda boleh BACA DI SINI.

Tawaran hadiah telah dibuat untuk pemberi maklumat sehingga tertangkapnya kedua-dua orang samseng yang cuba membunuh anggota polis terbabit.

0 comments:

Blog Archive

Labels