IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, April 17, 2012

HANYA BERSELUAR DAN BERBAJU DALAM UNTUK DAPAT PAKAIAN BARU SECARA PERCUMA!!!

Tuesday, April 17, 2012
Ini adalah tahun kedua bagi sebuah kedai pakaian dari Spain iaitu Desigual menganjurkan satu gimik yang sangat seksi dalam meningkatkan jualan dengan mengadakan promo pakaian percuma bagi 100 pelanggan pertama yang hadir tanpa pakaian dan hanya memakai seluar dalam dan baju dalam sahaja. Banner dia "Arrive Half Naked, Leave Fully Dressed" tu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sampai ramai yang sanggup beratur kat luar dalam keadaan yang sangat sejuk bagi mendapatkan pakaian percuma punya pasal. Hanya seratus pertama yang dikira akan diberikan satu ID warna merah untuk dipakai dileher untuk memastikan dia memang layak untuk baju free. Hampir kesemua cawangan Desigual juga membuat promosi yang sama setiap tahun. Reject shop kat malaysia tak nak buat ke ek? kalau buat memang teman bawak kamera professional zoom jauh punye :p


















ULASAN TFK:

Bayangkanlah kalau ianya berlaku di Malaysia. Agak-agak, siapa yang paling kuat memekak?

PAS?

LGBT merupakan satu bentuk kebebasan yang sedang diusahakan oleh Pakatan Rakyat, terutama selepas Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa menyuntut jubor jantan bukanlah satu kesalahan terutama apabila ianya dilakukan secara privasi. Sebaliknya perbuatan tersebut adalah merupakan satu hak peribadi yang tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun mahupun undang-undang negara.

Kalau dahulu iaitu sebelum PAS bergabung dengan DAP dan PKR, PAS adalah juara memperjuangkan Islam. Sehinggakan meruntuhkan masjid kedua yang digunakan untuk berjumaat walaupun terdapat sebuah masjid lain di bawah kendalian negeri pun, PAS hukumkan sebagai haram.

Bab-bab segini, lagilah PAS juara. Sebut sahaja artis-artis Barat yang dilihat seperti Atheis, Zionis mahupun mempelopori genre metal, PAS yang paling ke hadapan dan paling pantas buat tunjuk perasaan untuk menolak kehadiran mereka.

Tetapi setelah PAS bergabung dengan DAP dan PKR, PAS turut menyokong. PAS tidak lagi menentang seperti dahulu. Alasannya setiap manusia ada kebebasan sendiri. Sampaikan dalam isu murtad pun, PAS menyokong proses kemurtadan di negara ini dengan alasan negara ini tidak mengamalkan hudud dan qisas.

Jadi, bagi golongan LGBT atau golongan peniaga yang mahu cepat untung seperti di Sepanyol, cubalah datangkan unsur-unsur seperti di atas ke Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Tentunya PAS akan memberikan sokongan yang sekuat-kuatnya kerana itulah ertinya kebebasan individu dan manusia.

0 comments:

Blog Archive

Labels