1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, April 18, 2012

HEBAT OTAK AZIZAN!!! MADRASAH TUKAR JADI ORCHARD ROAD, SINGAPORE!!!

Wednesday, April 18, 2012

Semalam adalah hari yang sangat mendukacitakan bagi seluruh ummah yang cintakan Islam di negara ini, khususnya umat Islam di Kedah.

Apa tidaknya apabila Kerajaan PAS Kedah meletakkan harga sebuah ‘rumah Allah’ pada harga RM1.4 juta.

Mungkin itu saja harganya sebuah musolla berbanding harga sebuah komplek komersial pusat membeli belah yang direncanakan oleh Kerajaan PAS Kedah.

Semalam, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memaksa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk mencari tapak baru bagi mengganti Madrasah Salihiyyah yang sudah bertapak di tengah bandaraya Alor Setar sejak lebih 100 tahun lalu.

Menurut Azizan, Kerajaan ‘miliknya’ sudah memberikan imbuhan sebanyak RM1.4 juta itu sebagai pampasan ganti rugi tanah wakaf dan robohnya musolla tersebut. Malah tapak madrasah tersebut akan dijadikan kawasan komersial seperti Orchard Road di Singapura!


4 comments:

Anonymous said...

ni lg 1 cerita pasai madrasah salihiah..cerita mcm ni lebih merugikan umno dari untungnya..masih lg ulang penipuan yg sama lps keluar cerita sebenar..saya bukan defend pas..tp dlm kes ni rasa tertipu dgn cerita mcm ni..kalu nak spin ka apa ka jgn sampai fakta asal lari..saya nasihat ja..kalu nak panaskan suasana dgn isu2 pun..biarlah betoi..

Anonymous said...

dengor puak2 pakatan ada kempen selamatkan bangunan warisan diKL..kat kedah tak de ke?

Anonymous said...

Serabut pasai madrasah ni. Puak2 yang pertahan madrasah ni nampak macam lawan PAS tapi Dato Bashah dan orang2 umno yang tak sokong depa pun depa maki. Apa punya perangai ntah, padahai depa yang pertahan madrasah ni bukan setakat tak penah pi semayang kat madrasah tu,semayang 5 waktu pun tunggang langgang. La ni UMNO dan PAS pun marah kat depa. Payah la UMNO nak menang dengan perangai puak2 madrasah ni.

Anonymous said...

Baru 1.4 juta hanya nak bina madrsah dah nak heboh.Yang 250 juta projek lembu tu apa cerita?

Blog Archive

Labels