iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, April 18, 2012

HEBAT!!! TAWAR KHIDMAT SEKS MENERUSI SMS SEMAKIN MAJU DI MALAYSIA!!!

Wednesday, April 18, 2012
google

KUALA LUMPUR: Sindiket yang menawarkan perkhidmatan seksual menjadi semakin berani apabila mereka membabitkan pelajar perempuan di Lembah Klang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar untuk mendapatkan "pelanggan" yang berminat dengan pelajar sekolah menengah di beberapa kawasan seperti Kepong, Cheras dan Pudu dengan bayaran kira-kira RM300.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Senator Chiew Lian Keng yang menerima mesej baru-baru ini, mengadakan satu sidang akhbar, Selasa, memberi amaran kepada pemuda supaya menentang perkhidmatan tersebut.

Chong berkata SMS, yang ditulis dalam bahasa Cina, memujuk "bakal pelanggan" dengan menawarkan perkhidmatan oleh gadis-gadis remaja dan menyatakan bilangan hubungan seks yang pernah dilakukan mereka.

Ketika beliau menelefon nombor dalam SMS, beliau telah diberitahu bahawa perkhidmatan itu boleh diatur.

Chong berkata pembabitan pelajar perempuan dalam aktiviti seperti ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sindiket "mengiklankan" aktiviti ini secara terbuka baru-baru ini.

Chong masih belum melibatkan polis berhubung isu ini lagi, sambil melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan bilangan laporan terhadap pelajar sekolah yang terlibat dalam aktiviti seperti ini.

"Bukan sahaja pelacuran menyalahi undang-undang di Malaysia, lelaki yang mendapatkan perkhidmatan seperti ini yang melibatkan gadis bawah umur akan didakwa sebagai merogol," kata Chong.

"Tambahan pula, kita tidak tahu sama ada khidmat pesanan ringkas (SMS) ini adalah penipuan atau sebahagian daripada taktik untuk menarik orang ramai untuk melanggan pelacur."

Peguam P.Y. Leong, yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata mereka yang disabitkan kesalahan rogol boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebat mandatori.

ULASAN TFK:

Semakin hari semakin canggih 'perkhidmatan seksual' yang ditawarkan kepada lelaki berhidung belang. Walaupun kuasa menolak terletak di tangan mereka yang menerima tawaran berkenaan, namun pada masa yang sama, pihak berkuasa seharusnya mempergiatkan siasatan untuk membanteras pemerdagangan 'daging' manusia ini.

TELCO merupakan pihak yang paling dekat untuk membanteras iklan-iklan sebegini memandangkan mereka yang menguasai iklan-iklan menerusi SMS. Pada mereka terdapat data dan punca sebenar datangnya iklan berkenaan. Iklan-iklan tersebut tidak boleh dimuatkan dan kemudian dipencarkan kepada telefon-telefon pelanggan kalau bukan dengan kuasa TELCO.

Jangan kerana keuntungan yang berlebihan, pihak TELCO pejam mata dan menafikan kuasa yang ada pada mereka untuk bertindak. Iklan-iklan lucah seperti ini akan terus datang ke telefon para pelanggan selagi TELCO tidak benar-benar serius menangani iklan lucah sepertimana yang mereka janjikan sebelum ini.

0 comments:

Blog Archive

Labels